Sunday 17 September 2017

Relactation Progress.Day 104.

Assalamualaikum.

Relactation.

Hari ni dah hari ke 104 since saya start untuk relactation or menyusu semula.Tapi saya bukan breastfeeding or direct feeding ye.Tapi saya exclusive pumping.

So,apa progress sekarang?

Hmmm...from a few drops to 1oz to 2oz a day.Sikit sangatkan?Macam seteguk jer.

Saya xnak cakap relactation ni x berjaya.So far I made a.progress la kan?

Susah sebenarnya relactation ni.Sangat2 meletihkan.Dan sekarang pun saya dah x strict sangat bab pumping ni.Sebab sekarang busy dgn kerja.Baby Asha pun dah start melasak.Asyik terkejar2.

Last week 1st time TCA dgn pakar zat pemakanan.Dia ada ajar few techniques la yg dah ada ibu2 bf berjaya tambahkan susu.

Ibu2 boleh search di Youtube pasal breast massage.Katanya sangat membantu untuk tambahkan susu.

Saya ada try.Mula2 susu macam.laju keluar.Tapi macam gitu jer la.

Sebenarnya saya rasa macam nak give up dah.Tapi pakar tu pujuk.Lagi sebulan TCA dia nak tengok perkembangan.Mungkin masa tu kami akan decide samada saya akan teruskan #exclusivepumping or not.

Sedih tu memang sangat sedih.Sedih sebab baby sendiri langsung x nak bf kita.Then susu pun x banyak2 jugak.Dah macam2 milkbooster telan.Twelveounces cookies,femilac,air halba,susu kurma farmfresh & yg blend yg fresh,jamu,Dianz vitamin,& latest ni manjakani+sepang kederang+longan kering+kurma merah.Susu tu bila pam laju keluar tapi sukatan tu x banyak pun.Still total 1 to 2oz oz per day.Sedangkan baby saya should consume estimated 35oz gitu la per day.Sebab tu saya cakap macam seteguk jer ebm saya dapat tu.

Saya dah nekad.InsyaAllah jika ada rezeki preggy lepas ni,saya nak fully bf baby saya.Tapi risau jugak sebab takut flat nipple macam saya ni agak susah untuk bf.Tapi doc cakap,even inverted nipple pun boleh tau.Mind set paling penting.

Ibu2,yg baru 1st time hamil,please la cari la sebanyak mungkin ilmu & info pasal breastfeeding.Ia sangat membantu tau.Kita ingat oh xpe lepas jer  beranak,baby akan automatik hisap susu kita.You totally wrong.X semua mudah & bernasib baik tau.Then ibu bekerja,kena la tahu cara nak pam,jadual,pam yg bagus,cara simpan ebm,cara buat stok,bla bla bla.Banyak tau maklumat kena gali.

Susu ibu adalah susu paling baik untuk bayi kita tapi bukan satu dosa pun kalau kita x mampu bf bayi kita.Jangan seksa diri sendiri tau kalau kita x mampu bf dan terpaksa bagi formula milk kat baby.Baby akan tetap sihat jugak.Pedulikan mulut2 puaka.Dorang bukan tahu pun masalah kita.Sapa x sayang anak oiii!

Nah saya tempek gambar2 relactation saya.Mana tahu boleh bagi semangat dekat ibu2 yg risau susu droo.Saya yg dah totally xde susu pun boleh ada semula.Apatah lagi ibu2 yg still bf baby.

Tata.

Monday 4 September 2017

Relactation a.k.a Menyusu Semula

Assalamualaikum

Sebelum tu nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha.

Hari hari ke 5 raya.Sepatutnya dah start kerja tapi hari ni kurang sihat so terpaksa la EL.

Hari ni rasa macam nak cerita pasal relactation.Korang ibu2 ni tahu x pasal relactation?Relactation ni sebenarnya penyusuan semula.Menyusu semula.Bagi baby susu badan semula selepas kita dah fully stop bagi susu badan.

First let me cerita dari awal.Kalau nak diikutkan,sepatutnya baby Aisyah stay & dijaga oleh mama saya kat kampung.Tapi oleh sebab2 hal tertentu,kami laki bini sendiri yang jaga dia.Sebelum habis pantang 44 hari lagi saya dah bagi baby formula milk or fm.Sebab nipple saya crack teruk sampai bleeding.X tahan sangat sakit tu yg campur guna fm.

Kan ikut plan asal,mama nak jaga.So nak x nak kena la bagi baby minum susu fm.Guna botol susu.Mula2 dia macam xnak tau.Tapi lama2 ok.Tup2 saya dah x bagi bf.Rasa macam malas la bagi bg sebab nanti nak tinggal kat mama jugak.So belum sempat habis pantang pun baby dah minum fm.Padahal dalam pantang tu,susu punya la banyak tau..Alhamdulillah.Habis basah baju bila baby lambat hisap.Rezeki anak ibu.

Dipendekkan cerita,habis cuti 3 bulan saya bawa baby balik rumah kami.Saya ni suka baca isu2 or info2 berkaitan baby.Banyak follow page2 kat fb pasal baby.Selalu tengok ibu2 post gambar bf,susu dorang pam banyak2.Entah macam.mana boleh timbul kesedaran pasal bf ni.Tambah2 hati rasa teringin sangat nak baby bf saya.Rasa macam sedih,sayu.Rasa macam gagal sebagai ibu.Pulak tu breast milk kan susu terbaik.

First thing saya buat,saya google.pasal penyusuan ni.Macam2 info saya baca dulu.Oh boleh rupanya nak menyusu semula.So saya start beli single.electric breast pump.Sebab dalam pantang beli Avent Philips yang manual pump tu jer.So beli la Autumnz single pump tu.Beli yang complete pakej dekat Lazada.

Second step,saya refer doctor tempat baby saya check up di klinik kesihatan.Bincang semua tu,ok so boleh proceed.Doktor nak tolong.Dia menggalakkan.Mula2 dia bagi pil domperidone untuk tambahkan susu.

First day saya pam,susu cuma keluar beberapa titik jer.Oh lupa.Saya dah 2 bulan gitu totally stop bf anak saya ye so kalau picit pun cuma keluar setitik dua.Memang susu kering.

Doktor cakap teruskan pam ikut jadual.Saya jugak try makan milkbooster.Macam xde perubahan sangat tau.Tapi pil tu terus makan.Tapi sedihnya efek pil ni,berat saya naik hampir 10kg.Macam dipam2 gitu .Selera makan tu..Ya Allah...pantang tengok makanan.Asyik lapar jer.Doktor cakap lain orang lain kesannya sebab benda tu libatkan hormon badan tau.Tapi saya redha jer jadi gemuk asalkan dapat bagi breast milk kat baby.

Nak tambahkan susu tu dah satu ujian besar. Tambah lagi masalah,anak saya langsung xnak df.Dah macam2 cara saya ikhtiar untuk dia df saya semula.Baru selak baju dah meraung xnak.Haha..sedih sungguh la...Frust tu memang sangat frust.Doktor pun dah habis skill ajar.So saya terima dgn redha yang baby saya memang dah langsung xnak bf saya sebab dia dah nipple confuse so I is redhq.Sobs sobs sob.

Now dah banyak bulan proses relactation.Alhamdulillah susu makin bertambah tapi slow sangat.At least I made some progress.Right?Sebenarnya relactation ni jadi lebih mudah jika baby df ibu tu.Bila df,susu dengan sendirinya akan bertambah banyak tau.Konsep dia senang je.Bila ada demand,so supply akan bertambah.Macam saya ni,duk pump saja.Tu pun asyik derhaka jadual pump.So sangat susah sebenarnya nak konsisten.

Slowly tapi insyaAllah akan bertambah.