Sunday 31 January 2016

#TTC-Another Failure

Assalamualaikum...

Hi.

Macam tajuk kat atas.Yes another failure.Bukan rezeki kami lagi.Sedih....Memang dah cuba positifkan diri tapi nampak gayanya kali ni rasa macam x kuat.Keluar jugak air mata ni.Allah...

Tengok dalam FB orang tu orang ni hamil,jauh di sudut hati rasa sedih sangat.Bukan jealous...Tapi teringin.Nak sangat rasa.Bila orang update status rasa baby gerak2 dalam rahim,Allah...automatik tangan pegang perut.Agak2 ada x peluang untuk aku rasa semua tu?

La tahzan Aimi...Innallahamaana...

Wednesday 27 January 2016

Pendiam Dicop Sombong!

Assalamualaikum.....

Hari ni hari Khamis.Hujan dah banyak hari turun dgn lebat.Ada kawasan yg dah banjir.Ada jugak banjir sebab longkang tersumbat.Tapi tengok pada gaya angin tu seolah2 musim tengkujuh.Kat kampung dah start balik pesta ikan.Hubby pun sama naik.Tengah malam semalam siap pergi turun padang pasang pukat.Minat punya pasal.Biar jer...

Ok forget about this n just keep praying agar hujan dah x turun dgn lebat.Bukan apa..takut banjir...T_T

Merujuk kepada tajuk diatas...Hehe.Saya ni sebenarnya bukan pendiam sangat.Dengan family n kawan2 saya,memang saya peramah.Tapi xtahu kenapa...Sejak bekerja sebagai kakitangan kerajaan ni,saya jadi sangat2 pendiam n x bergaul sangat dgn staf ofis.Terutama pegawai.Memang x r kan saya nak menyampuk time dorang borak2.

Al-kisahnya..bila kita hilang kepercayaan kpd orang sekeliling.Terus terang cakap,saya x suka kerja kat sini.Stress sangat.Dah la bosan,fed up dgn manusia2 kat sini..Haishhh...

Nak tahu,hari pertama saya lapor diri kat sini,dua kali saya ditanya,kerja ni dapat sebab pakai cable(org dalam) ke???

WTH!!!Patut ke kita greed orang baru dgn soalan macam tu?Dekat situ jugak saya rasa macam nak lari balik!Apa punya tempat kerja ni???

OK bersabar.Masuk hari kedua ketiga it getting worst.Saya ni datang kosong2.Nama pun baru grad.Xtahu sepatah haram pun apa kerja kena buat.Bukan maksudnya semua benda kena ajar saya.Saya tahu saya perlu usaha n ikhtiar sendiri.Tapi sedih..

Tahu x sampai sekarang banyak sangat benda yg saya xtahu?Even basic knowledge pun xtahu.Bukan sebab saya x boleh usaha cari sendiri.Sometimes ada certain parts tu kita memerlukan tunjuk ajar orang2 lama kan.Tapi tu la...Kadang2 orang ni dia emosional.Time dia badmood mula la muka masam bila kita tanya nak buat macam mana benda tu...

Saya kat ofis x bergaul sangat dgn pegawai.Sebab saya ni macam punch bag dorang.Setakat kena marah tu benda biasa jer...Sangat hina kami staf bawahan kat sini.Dorang sangat angkuh n berlagak.Kami ni bagi dorang macam bodoh.

So tell me,macam.mana nak survive life kat sini???Dulu hampir hari2 balik rumah nangis.Sebab rasa serabut sangat.Xtahu nak fikir apa lagi dah kecuali resign.

Ni dah nak masuk tahun keempat.Perasaan tu masih sama.Cuma tengah tahun lepas n tahun ni lega sikit la sebab dapat bos baik.Kalau dulu,bos macam !@@#$//&^!!!Kalau x,xde la sampai staf mengamuk baling kerusi n nak tampar dia!

So,saya tetap.macam ni la.Terus bekerja walau hati ni Allah je yg tahu...Memang dah xde hati dah.Pergi kerja sebab terpaksa.Memang tahu dosa...Gaji dapat tapi kerja x ikhlas.Bukan...bukan x ikhlas.Saya buat kerja saya.Saya x peduli orang lain sibuk2.Saya cuma x campur aduk hal kerja dgn orang lain.Lantak la dorang nak marah ke maki saya ke mengamuk ke...Dah memang tu yg saya kena sejak hari pertama jejak kaki.

Jadi konsep redha tu dah lama dah...Cuma hati ni setakat mana la mampu bersabar.Nak.berhenti ekonomi semakin teruk.Harta pun xde.Kalau saya ni anak orang kaya xpe la.Tapi impian untuk bekerja sendiri tu tetap ada.InsyaAllah sampai 1 masa,ada rezeki mungkin saya akan berhenti jugak.Xpe la xde pencen...Yg penting saya ada income sendiri.X perlu dengar arahan orang,x perlu sakit hati,marah,sedih,menangis,x perlu attend kursus,taklimat,meeting.Yg penting saya control sendiri kerja saya

Doakan saya ye...


Ikhtiar Untuk Cyst

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal supplement yg saya baru amik.Lv Venus Gold.Brand Elken.Rm200 sekotak kalau x silap.Ada 20 botol.Lebih kurang sama tinggi dengan jari manis saya n sama besar jari.

Dari testimoni katanya bagus untuk rahim wanita n ada yg cyst dorang dah kecut bila makan dia.Ntah la...Harga mahal.Sikit pulak tu...Tapi dah orang bagi kan so kita try je la.Ikhtiar...selebihnya serah pd Allah...

Wednesday 20 January 2016

#TTC-Ovarian Cyst Part II

Assalamualaikum...

Hari ni sekali lg amik darah di hospital.Hari ke 21 period.Pagi2 lg pergi hospital.7.30 pagi dah sampai sebab hari ni keje.Pukul 8.00 misi panggil.So amik la darah.Awal bulan hari tu dah amik darah pada hari ke 2 period.So result xtahu la kan sebab kena tunggu next appoinment bulan 3 ni.Oh lupa nak bagitau.Blood taking ni untuk check samada hormon saya subur atau x.

K la,tu je la kot.Bye2.

Perubatan Islam Untuk Dapatkan Zuriat

Assalamualaikum...

Rasanya entry lepas saya xde mention kan antara ikhtiar says untuk hamil,saya dah mendapatkan rawatan di perubatan Islam.

Ni semua idea mama la...Saya memang x berapa nak percaya.Bukan x percaya guna Al-Quran tapi orang yg merawat tu ntah betul ke x.(paranoid je lebih!)

So pergi la hari Sabtu bulan lepas ke perubatan Islam.Lokasi di bandar Pasir Puteh.Pergi dalam tengah hari.Ramai kot.Dia dekat tingkat 2 rumah kedai.Tapi x tunggu lama pun sebab sekejap jer sorang2 pesakit tu.Rawatan tu dia buat dalam bilik.Tapi pintu x tutup tau.Semua boleh masuk.Oleh sebab hari tu hubby,mama,adik,anak2 sedara pun pergi,semua masuk dalam bilik tu.Huhu...

So first duduk atas kerusi depan dia.Dia pakai glove n sentuh nadi di pergelangan tangan.Baca bismillah n selawat semua tu.Kita pun sama kena baca.Then dia minta izin untuk pegang kepala.Dia baca ayat apa x sure then dia tepuk kepala,bahu n belakang pinggang.

Dia cakap dia nampak rahim saya bermasalah.Rahim saya tertutup.That's mean sperm suami saya xkan dapat menembusi rahim saya untuk sampai ke telur saya.. T_T...

Dia minta izin untuk bukakan rahim saya dengan bacaan ayat Al-Quran.Ok settle.Next,dia set appoinment suruh saya bawakkan limau purut n nipis jumlah 7 biji n sebotol air kolah masjid.

Ok minggu depannya bawak la semua tu pergi jumpa dia.Dia bacakan ayat2 kat limau2 tu n air kolah.Dia suruh saya perahkan limau tu dalam air mandian n last sekali curah air kolah masjid.Baca bismillah n Al-Fatihah.So mandi la saya malam tu jugak dekat rumah.Bukan dia mandikan tau.Hehe..

So,kalau orang tanya ada apa2 x selepas treatment tu?Ntah la..xtahu nak cakap apa sebab dia merawat secara batin gitu kan.Tapi lepas first meeting tu saya ada datang period.N saya senggugut teruk sampai nak berdiri pun x boleh.Dia cakap memang awal2 ni saya akan rasa sakit.So sabar je la..Tok Ayah tu cakap,dalam masa 6 bulan kalau lekat terus datang jumpa dia maybe sebab dia takut rahim saya x kuat kot.

Saya pulak gatal mulut tanya,kalau dalam masa 6 bulan x mengandung2 jugak macam mana???Dia cakap,kita boleh ikhtiar...Banyak cara untuk ikhtiar.Kena sabar..Oh lupa saya dapat 3 botol air mineral besar yang dibacakan ayat suci Al-Quran.Masa jumpa dia pun dia tulis kalimat Allah dengan sirap atas pinggan putih campur air mineral then bagi saya minum.Then dia tulis lagi untuk botol2 air mineral tu.Ok setakat tu jer.

Selebihnya kena sabar n banyakkan berdoa pada Allah...Doakan saya ye untuk dipermudahkan hamil zuriat suami saya...

Sunday 17 January 2016

#TTC-Ovarian Cyst

Assalamualaikum...

Hari ni terbuka hati nak kongsi something yg mungkin boleh jadi panduan orang lain.

2015 tahun yg agak malap bagi saya.Awal bulan 12,gerai burger kami disita oleh pihak MDPM atas alasan mencacatkan pemandangan.1 dugaan hebat buat kami suami isteri.Hilang 1 punca pendapatan.Frust,n we decided to sell our stall.So tamat lah kisah bisnes burger hitam kami...Ramai yg tanya2,especially our regular customer.Sorry,we're done with that..

As u all knows,saya salah seorang ttc,means cuba untuk hamil.Nikah 12 September 2014 n until now still no sign of pregnancy.Ramai yg cakap alah masih awal lg..relax la...Ok fine.Then ada lak yg cakap aihh,x ngandung2 lg ke?? T_T.Shadapp u!

Oleh kerana saya ni seorang yg sangat kelam kabut n jenis suka menakutkan diri sendiri,saya cuba macam2 cara.1st pergi berurut.2x jugak la.Mak cik tu cakap rahim saya bengkak la,senget la,ada benda la...Then bab ubat.U named it.Acid folic,jus delima Gulsan,madu,sus kambing campur kurma,apa saja.N yg latest ni Elken punya produk.Yg ni memang mahal la..Mujur ada orang bagi.Mihmih..

Still x mengandung.Period datang setiap bulan with period pain yg tersangat la sakit!Orang cakap cuba bersama suami hari paling subur iaitu ovulasi.Ok dah try.Lepas penetration angkat kaki ke dinding.Pun dah try.Apa lagi?Doa n solat hajat tu xyah cakap la...Tu salah 1 usaha paling mujarab.

Nak dijadikan cerita.Ofis saya ada buat pemeriksaan kesihatan.Xray,blood taking,bla bla bla..Then sampai 1 part kena jumpa doktor.Time tu doc tanya ada masalah apa2 x or ada sakit apa2 x.So far ok cuma saya still x pregnant.Doc tanya berapa lama married.X sampai setahun lagi tapi bulan lepas saya x datang period.Ingatkan dah lekat tapi xde jugak.Pulak tu senggugut selalu sakit.

So doc suruh test urine untuk pregnancy test.Negatif.Xde abortion jugak.Doc pun tanya lagi ada sakit mana2 x.Then dia pun bukak file untuk saya,tulis maklumat saya.Dia set appoinment dengan o&g nanti.

So on december jumpa la doc...Mula2 doc soal latar belakang n life saya.Then dia scan.X nampak apa2 sebab bladder saya kosong(p/s:jangan kencing kalau nak scan rahim).Hehe...

The worst part is saya kena buat pap smear.Tu yg masukkan muncung itik dalam vijajay kita tu.X suka...dah la pedih campur malu sangat.Doc amik sample.So next appoinment pulak untuk tahu result.

Next appoinment doc lain pulak.Yg ni lagi detail.Tanya semua sampai ur sex life,ur hubby pun semua kena la.Another scan.Kali ni nampak la 2 biji ketulan.Doc cakap itu ovarian cyst.X besar mana.1 tu 3 cm..yg lg 1 xsure berapa.Then doc soal lagi macam2.Dia siap explain cyst ni better undergo operation la untuk sedut.Sebab dia ada macam2 jenis.Boleh jadi bahaya.N yes another 1,dia memang syorkan operate jugak untuk masukkan dye dalam tiub fallopio saya untuk tengok takut ada clog.T_T.Semua pembedahan ni ada risiko.X kena buat,usus saya boleh koyak n saya boleh jadi mandul.N she explained,memang saya  susah untuk hamil.Kalau hamil pun akan senang untuk abort.. T______T.Masa tu xtahu nak cakap apa.Rasa macam nak nangis kat situ jugak.

Awal bulan 1,period yg ke 2 kena pergi hospital lagi.Kali ni untuk amik darah untuk check hormon.Nex pada 21 hari period which is this Thursday.

So setakat tu la dulu saya cerita.Nanti sambung lagi ye.Cuma saya nak pesan,kalau dah berkahwin x kira la x sampai setahun pun lagi,pergi la jumpa doc kalau still x pregnant.Macam saya selalu sedapkan hati,ala rezeki xde lagi..Rezeki x sampai lagi.Padahal saya bermasalah.X salah n x rugi pun kalau kita jumpa doc kan?At least kalau ada apa2 probs,awal2 lagi boleh detect.

K la...Tata 😄

Saturday 16 January 2016

2016-A New Chapter,Perhaps...

Assalamualaikum...

Dah nak masuk hujung bulan Januari 2016 dah pun.Cepatnya masa kan?X sedar pun berlalu..
Dah lama menyepi.Dah berhabuk dah blog ni.Bukan x ingat.Tapi sibuk.Banyak benda,masalah kena hadapi.InsyaAllah tahun ni nak mula rajinkan diri n nak cuba jadi lebih positif.InsyaALLAH...


Tata.