Tuesday 27 October 2015

Pahit Jerih Permulaan Berniaga

Assalamualaikum...

Baru hari ni sempat curi masa nak menaip.Sangat2 sibuk.Sibuk dgn keje,sibuk dgn tugasan sbg part time student degree,sibuk dgn bisnes burger n sibuk sebagai isteri.

Hari ni nak kongsi sikit cerita berkenaan bisnes.Macam yg saya kongsi dlm entry sblm ni,dah hampir sebulan saya n suami bukak bisnes gerai burger di pasir mas.Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

Ada orang tanya,senang x bisnes?Sebenarnya sangat2 susah bagi org yg xde pengalaman n modal macam kami.Tahu x berapa banyak dah modal kami burn sebab kebodohan n kekurangan pengalaman kami?Buat loan.Then duit habis macm tu jer.Bisnes x jalan2.Moral of the story,please jangan buat loan kalau nak bukak bisnes ciput macam jual burger ni.If possible,cuba la sedaya upaya cari modal dgn cara lain.Contoh pinjam dgn mak ayh ke,dgn family ke,mohon bantuan dana kerajaan seperti mana2 agensi yg membantu peniaga kecil.But please jgn buat loan dgn bank.Saya dah terkena.Sangat perit.Bisnes x jalan2 tapi hutang kena bayar.Deduct gaji la tau..T_T

Second.Cuba cari ilmu sebanyak mungkin.Mungkin boleh tanya abang2 yg dah biasa jual burger di tepi jalan tu.Mula  kami jual,sangat kelam kabut n serba x kena.Ada jer barang x cukup.Xtahu nak agak banyak mana barang kena beli banyak n cara nak buat burger tu.Nama pun bidan terjun.

Bila dah banyak hari berniaga,rasa pelik.Untung xde.Makin teruk adalah.Sampai terpaksa guna duit gaji untuk beli barang mentah.Sedih sangat.Sampai satu ketika duit habis licin.Hutang roti makin bertambah.

So we decide.Cuba kira balik.Cuba cari punca masalah kami.Burger yg kami jual rupanya sangat murah..X berbaloi dgn bahan2 yg kami guna.So kami cuba cari jalan untuk kurangkan kos bahan mentah.Still sikit jugak keuntungan.Keuntungan tu jugak kami gunakan untuk roll modal beli bahan mentah.

Hubby pun macam sedih sebab xde gaji untuk die.Duit gaji saya pun habis guna untuk beli barang mentah.Nak upah pekerja pun x mampu.

Last choice,kami buat recalculation semula.Cara terbaik dgn menaikkan harga.Baru kami dapat cover kos bahan mentah.But u know la kan..nak start balik sangat susah n lambat.Untung sebiji burger berapa la sangat...Kami cuba cari alternatif lain dgn gunakan jenama yg lebih murah contohnya but still the taste n quality still the best la.

Right now baru kami tahu...Bukan senang nak untung.Ingatkan bila berniaga banyak la dapat kumpul duit tapi kami silap.Makin berniaga makin susah n makin banyak hutang.Tapi ini yg mengajar kami selok belok n liku2 untuk kuatkan lagi usaha kami untuk berniaga.Patut la orang selalu cakap nak niaga ni x boleh lemah semangat n bukan untuk orang yg mudah putus asa.Yup i agreed with that.

InsyaAllah...biar susah dahulu tapi senang kemudian...Kami dlm perancangan utk bukak gerai kedua nanti.Semoga dipermudahkan...amin...

Tuesday 29 September 2015

Burger Hitam(Bamboo Charcoal)

Assalamualaikum...

Pernah dengar x pasal burger hitam @ burger negro?

Hari ni nak citer skit tentang bisnes gerai burger kami.Alhamdulillah...genap 2 malam kami beroperasi di hadapan mini stadium bandar Pasir Mas.

Roti burger or bun kami berwarna hitam.X menggunakan pewarna tapi serbuk arang buluh atau bamboo charcoal.

Konsep kami mudah.Kami jual burger seperti mana yg kami suka n harapkan bila beli dari penjual burger lain.Of coz la kita nak beli yg sedap n harga berbaloi walaupun gerai tepi jalan kan?Alhamdulillah itu yg kami tekankan.My hubby cakap jgn kedekut sos...yg penting customer puas hati.

So,jemputlah datang beli burger kami.Harga x mahal.Berbaloi sebab setiap biji akan ada cheese sekeping.

Lokasi di hadapan Mini Stadium Bandar Pasir Mas,Kelantan.Waktu niaga dari selepas waktu Maghrib sehingga tengah malam.

Jom support bisnes Melayu Islam kita....Yg penting dijamin  halal n bersih.

Monday 21 September 2015

Ujian Dari Allah:Aku Si Pendosa Tegar

Assalamualaikum


22/09/2015-7.15 pagi.


Takdir.Keretaku terbabas lalu merempuh kereta n motor di tepi jalan.Mujur suami sempat tekan brek lalu kereta berpusing2 di tengah2 jalan yg sibuk n hampir terangkat tayar kereta.Allah,Allah,Allah...

Masa tu dah x fikir apa selain mati.Boleh rasa kereta berpusing2.Hanya ingat mati saat tu.Allahurabbi...Bila kereta dah berhenti,saya cuma mampu menangis.Suami pun terdiam sebab dalam keadaan terkejut.

Datang 2,3 orang pak cik tanya apahal sampai langgar???

Ntah lah.Mungkin takdir kami.Walaupun kereta kami agak teruk kemek,tapi syukur sangat2 xde yg cedera.Paling saya risau kalau terlanggar orang yg lalu tepi jalan tu or terlanggar gerai makan yg penuh dengan orang duk beratur beli nasi tadi.T_T..X dapat nak bayangkan kalau ada orang mati....


Kami redha kereta kami teruk n x dapat claim insurans sebab kami baru je tukar ke 3rd party.Memang rugi...tapi dah nak buat camne kan?

Sedih jugak la tengok keadaan kereta.Dengan duit xde,terpaksa bayar ganti rugi dekat tuan punya kete tu lagi.Dah la nak dekat raya dah ni...Sekejap je kan kalau Allah nak tarik nikmatNya.

Xpe la,ni takdir yg Allah dah tetapkan.Redha walaupun pasrah.Mungkin ni caranya Allah berbicara dengan kami.Mungkin ni caranya Allah ingin menarik kami yg banyak lalai.Mungkin ni caranya Allah rindu dengar tangisan n rintihan kami meminta pertolonganNya...

Terima kasih Allah kerana masih memanjangkan umur kami n telah menyelamatkan kami n orang2 lain...

Saturday 12 September 2015

Sambut Anniversary Simple &Jimat

Assalamualaikum


Syukur Alhamdulillah Ya Allah....


Kami hampir2 sampai ke tahap paling kritikal,penghujung hubungan kami...Tapi kerana 1 perkara ni,kami masih sempat menyambut anniversary pernikahan kami yg pertama...

Bila semua dah x berguna n xde nilai,cinta yg membuatkan kami terus bertahan.Ya cinta.Saat kami dah hilang kewarasan,saat kami masing2 seakan setuju untuk meleraikan ikatan suci ini,Allah lintaskan seketika dalam hati kami.Cinta,kasih sayang nmemori kebahagiaan kami berdua... Allahuakhbar...

Alhamdulillah..semalam genap setahun pernikahan kami.Kami xde plan apa2 pun.Main hentam jer.Kelmarin dulu kitaorang pergi ala mini picnic dekat Danau Tok Uban.Pergi pun dalam pukul 5 lebih dah.Pergi kejap jer.Pagi kelmarin dalam pukul 10 lebih tanya hubby.Nak keluar ke?Sebab memang x plan nak sambut pun.So keluar lah...Pergi beli kek sepotong.Then pergi stesen keretapi Pasir Mas.Sambil makan kek sambil borak.Sebenarnya nak naik train pergi Tumpat tapi nanti nak balik xde lak train..So cancel.Duk situ selfie jap then blah.Dalam kete tanya hubby.Nak makan ke x?Masing2 xtahu nak makan apa n kat mana.So saya cadangkan jom pergi bandar Tanah Merah.

Sampai bandar Tanah Merah,hubby bawak pergi makan nasi lauk campur dekat kedai best ni.Suka sangat sebab lauk2 dia alahai..punya la sedap...Dah kenyang xtahu nak pergi mana.Hubby cadangkan jom pergi Bukit Panau.

Bukit Panau ni ada sejarah.Hubby cakap dulu masa sekolah selalu pergi situ.Kat bawah bukit ada tapak kaki besar.Kat situ merupakan kawasan kediaman Puteri Saadong.Sila google sendiri ye.Ada gua tempat mereka menetap.But sadly,jalan masuknya penuh semak n jalan tar pulak hancur.Maybe dah xde orang pelihara tempat ni..So frust...

Hubby terus cadangkan untuk ke masjid Sultan Brunei.Boleh google pasal masjid ni yg pernah kecoh pasal sejadah berdiri dgn sendiri.Tapi nak masuk ke masjid ni kena melalui jalan selut.Masjid ni dalam kawasan Tahfiz tau.Dia dekat hujung sekali.Boleh tengok gambar2 di bawah.Malas nak cerita panjang.

Last sekali hubby cakap lapar lagi.Adoi...singgah la pulak pekena Mee Udang Lemal.Tip top la...mee masak simple jer tapi udang tu memang fresh!Sedapnya..terliur pulak...

K la.Tu je sambutan anniversary kami.Doakan kami tabah kuat n sabar untuk terus bertahan dlm ikatan suci ni...

Untuk suamiku,terima kasih abi sbb masih kuat pertahankan ikatan pernikahan ini walaupun b dah sampai tahap x mampu buat apa dah..Terima kasih sebab walau apa pun jadi,tetap xnak lepaskan b n ikatan ini...


I love u Mohd Noor Khairul Azman....

Danau Tok Uban




Di Stesen KTM Pasir Mas



Masjid Brunei





Mee Udang Galah Lemal

Tuesday 1 September 2015

Result Final Exam Dah Keluar!!!

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...disebalik semua dugaan ujian dr Mu Ya Allah...Di sebalik setiap tangisan n kesengsaraan...

Mungkin dah basi tapi saya nak kongsi.Memang betul janji Allah untuk orang2 yg sabar ketika diuji....

Walaupun langsung x study time test n quiz.Asigment pun wat ala kadar jer n ada yg siap lewat submit.Dah la lambat submit,x siap pulak tu.T_T...Tapi alhamdulillah fokus dalam kelas.Sebab balik rumah xde masa nak study,serabut xleh nak fokus.

Syukur Ya Allah...semoga inilah jalan keluar untuk kebahagiaan n kejayaan ku suatu hari nanti...

Saturday 22 August 2015

Pengalaman Pertama Ke Thailand Melalui Perahu

Assalamualaikum....
Hai ☺
Pada 14 Ogos hari Jumaat lepas,tanpa dirancang2,kami telah ke seberang Thailand.Huhu...

Alkisahnya...kami 4 bijik kete sebenarnya.Rancangan asal nak jumpa Mak Chu n Pak Chu(adik mak mertua saya) yg berasal dari Lubuk Sambal,Thailand.Isnin kelmarin dulu dorang dah selamat berlepas menunaikan haji.Kalau ikutkan apa yg suami saya cakap,Lubuk Sambal ni bawah lg dr Golok.So janji jumpa dorang dekat Rantau Panjang.

Tunggu punya tunggu rupanya Mak Chu je yg datang.Kesnya Pak Chu takut nak seberang alik Malay(Kelantan).Haha...Mak Chu sorang diri datang dengan motor sewa.Dekat Rantau Panjang banyak servis perkhidmatan ni.So nak dijadikan cerita,Mak Chu cakap Pak Chu takut nak menyeberangi Sg Golok so dia suruh kami semua pergi dekat tebing Sg Golok tu.So gerak la semua follow Mak Chu nak pergi dekat tebing tu,tempat orang naik perahu untuk ke seberang Thailand.

So sampailah kami.Kat sini orang panggil Lubok Gong.Rupanya pengkalan(tempat orang tunggu nak naik perahu/mini jeti) ni belakang rumah orang kampung jer.Dan sebenarnya ni pengkalan haram.Kihkihkih.Sebab Pengkalan Gergaji dekat Rantau Panjang ditutup.Askar jaga xtau la sebab apa.Selalunya kat situ la pelancong ke orang ramai naik perahu nak ke seberang Thailand.

Rupanya Pak Chu dah plan nak kami semua ke seberang Thailand.Ingatkan Mak Chu gurau jer.T_T

Ini memang 1st bagi saya n yg lain2.Macam hubby n mak dah biasa pergi.Cuba bayangkan kena naik perahu kayu.Memang la Sg Golok tu kecik,sempit jer.Tapi dalam jugak.Saya lak x pandai berenang!Kalau perahu tu terbalik macam mana?Memang la hubbby pandai berenang tapi...Nauzubillahminzalik.

5 minit sampai ke x,dah sampai pun ke tebing seberang sana.So Welcome To Thailand.Pak Chu dah pun menunggu dekat tebing dengan anak2.Ada 4wd/pikap yg tunggu kami untuk angkut kami ke rumah dia.So merasa la berhimpit2 naik pikap tu duk belakang.Hahaha..memang jakun la kejap.X pulak rasa malukan!So dapat la tengok pemandangan kiri kanan jalan.Rata2 rumah penduduk lebih kurang jer macam rumah kampung kita.Dorang lebih banyak guna motor n pikap.Yg bestnya jalan raya dorang tip top.Xde nya nak lubang2.

Lebih kurang 10 minit jer perjalanan.Kami pun sampai.Sama jugak macam rumah kampung orang Melayu kita.Xda beza.Bahasa dorang pun dialek Kelantan.Cuma ada jugak lain skit.

Ok tu je la nak cerita.Oh lupa.Perahu tu kena bayar tau tambang.Pak Chu yg bayarkan.

InsyaAllah hujung bulan 9 ni kalau x silap kami akan ke sana lagi untuk kenduri nikah anak Pak Chu.Kali ni decide dgn hubby nak buat border pass.Nak bawak masuk kereta melalui imigresen.Nanti saya cerita ya.

Tata.








Monday 17 August 2015

Ijazah atau Suami.Yang Mana Harusku Pilih?

Assalamualaikum

Alhamdulillah...dah dapat result final exam sem 1....Syukur padaMu Allah...x sangka dapat result yg baik.Sebab saya target 2.50 jer...X sangka Allah bagi lebih.Actually bukan nak heboh or riak.Sebab bukan dekan pun...apatah lagi 4 flat.

Al-kisahnya...setelah hampir 3 tahun grad n bulan Mac 2015 kembali bergelar pelajat ijazah part time.So to be honest,saya langsung x study.Just attend class n balik rumah simpan beg semua nota buku bagai.X usik dah.Bila final or test,memang xdenya nak baca ke study ke.Kalau rajin sikit pun belek la buku or nota yg ofcoz ntah pape tu.Kononnya malam tu semangat nak study last2 lepas Isyak terus pengsan!

Asignment pun sama.Buat ala kadar jer.Janji siap n boleh submit.Fyi,asignment account memang ke laut.Sebab kiteorg bukan pandai accounting.Last2 asignment hantar yg x siap.T_T.Memang dah give up la...Camne nak ada marks kalau hantar keje yg x siap???

Time final exam lg best.X study apa pun.Bukan main nak bukak buku n note study last2 tidur sampai ke pagi.Alarm dekat hp tu bukan main set dari pukul 3 sampai 6 pagi.last2 pukul 6.45 baru bangun gi keje.Kihkihkih.Burukkan perangai???Masa kat dalam dewan baru la terkebil2 pandang kiri kanan depan belakang.Sejam pertama tu dah siap tulis dah jawapan sebab dah xtahu nak tulis apa.Sebab xtahu jawapan!Such a loser i am....Time paper marketing,dah gitau classmate sejam pertama mmg nak chow sebab xtahu nak jawab apa!

Hehe...so tunaikan janji.Sejam pertama terus blah.Orang lain pandang2 jer!Dah memang xleh jawab.Baik balik jerrr.

Alhamdulillah...Allah berikan rezeki yg x sangka2 akhirnya...Saya cuma minta lulus but He gave me more than i need...T_T...

Tapi sekarang dah mula berbelah bagi.Sebab saya dah nekad untuk quit study.Saya letih.Saya stress.Saya x cukup masa.Saya ada masalah kewangan.Sebab lepas ni suami dah x boleh nak hantar amik dekat kelas.So nak x nak kena pergi sendiri which is kena drive sendiri.I is scare.Takut...takut nak parking.Terukkan?

Plus saya rasa x cukup masa.Nak uruskan rumah tangga,belajar n kucing.Letih sangat tau...Memang saya nak give up.Bukan sebab i am a loser or what tapi mental n fizikal n hati saya x cukup kuat sebenarnya.

Suami saya x cakap x izin tapi dia cakap x payahlah teruskan...So what should i do?This is my dream.This is what i want.Ini impian mama ayah.Sedih...keliru.Xtahu nak buat apa...Lepas tu fikir kucing2 lg.Kos makan dorang lagi.Then hari Jumaat sepatutnya kena bersihkan rumah n sangkar dorang.Tapi Jumaat kelas sampai ke petang.Mana sempat.

Tambahan lagi,lepas ni hubby dah nak start niaga.Bukak gerai burger dekat bandar.Dari lepas Asar sampai tengah malam.Saya dah xde drebar.N dia lak nak guna la kete saya sebab kete dia kan dah hancur accident.So nak kena naik bas ke??Oh tidak..x pernah sepanjang hayat naik bas bandar sorang2...

So sekarang ni macam mana?Nak kena buat solat Istikharah ni...Kalau suami x izin n x redha,saya x boleh teruskan.Tapi tengok result rasa rugi sangat kalau x teruskan.Mana la tahu nanti dah ada degree boleh keje multinasional company ke..or apply pegawai gomen ke...Huhu...

Monday 10 August 2015

Cemburu.

Assalamualaikum...

Dah lama x update blog.Sibuk sangat dgn keje.Huhu...

Hari ni ada jamua hari raya kat ofis.Saya macam biasa pakai baju kurung la..Xda nya nak glam2 ni.

Pagi tadi breakfast dekat kedai kopi dgn hubby.Then otw pegi ofis dia tegur.Dia x sedap hati tengok saya pakai baju kurung moden warna pink.Baju raya hari tu.

Saya tanya dia kenapa lak?Dia tanya,mana handsock?Saya selamba jawab x pakai.Stokin pun dah x pakai.

Dia bagitau dia takut la..sebab hari ni saya pakai cantik2.Siap warning jangan bergambar dgn kawan2 ofis lelaki.

Ok...menurut perintah.Kelakar pun ada laki aku ni!Tapi ingat..kelakar2 pun kalau suami x izin,x boleh ingkar tau.Sebab tu sekarang saya dah x pakai mekap2.Baju pun dah x sendat n singkat.Ini permintaan suami saya....

Suami awak2 semua lak macam mana ek?Macam suami kita jugak ke?

Saturday 11 July 2015

:)

Assalamualaikum

Hai

:)

Dah lama x update kan?Tersangat2 la busy...Just finished my very 1st Final Exam.Phewww..i guess subjek marketing macam xde chance nak lulus pun...Coz saya keluar awal dari dewan sebab x dapat jawab langsung.Huhu..

K la,tu saja buat masa sekarang.Oh raya dah nak dekat.Dah siap ke persiapan raya?

Tata.

Monday 25 May 2015

My Journey As A TTCian

Assalamualaikum...

Phewww...Sejak minggu lepas non-stop sibuk.Sibuk dgn keje,sibuk dgn kelas.Asignment bertimbun x siap lagi.Final dah nak dekat...Bulan puasa ni pulak final exam. T_T

Ok.Hari ni nak share sikit my journey dalam usaha untuk hamil.I mean TTC.

It all start from my wedding day.Ok i admit yg saya memang sangat berharap untuk bunting pelamin sebab hari saya nikah tu baru sehari lepas bersih dari period.So my hope sangat la tinggi.Plus my mama n big sis pun bunting pelamin.So maybe thw chance is high la kan...

But i wasnt like that...Harapan tinggal harapan.For every month we waiting penuh harapan untuk saya hamil.Ramai yg cakap ala relax la baru nikah.Enjoy ur honeymoon phase la...Manja la puas2 dulu...But i want a baby...

Hubby memang x mendesak.But setiap bulan bila period datang lambat mesti dia excited n akan cakap,dah lekat la tu!Im sorry but u wrong baby...Im not!T_T

So after 5 or 6 months i guessed,saya cuba berurut dgn tukang urut di kampung.Try ikhtiar coz my friend cakap kalau berurut ni boleh betulkan balik kedudukan rahim la apa la..So terpengaruh n try la berurut.First time,baru dapat tahu yg rahim saya bengkak.Patut la selalu sakit dekat peranakan.

Then second time pun sama n tukang urut betulkan balik kedudukan rahim.N after that dah jaranggg sangat rasa sakit dekat peranakan.Lepas tu dah x berurut.

Then sebulan lebih yg lepas,saya start consume acid folic n vit c yg dibekalkan dari klinik gomen.X amik setiap hari pun.Kadang2 amik.Kadang seminggu lupa nak amik.

Then sebulan lepas try lak consume Pati Delima Gulsan tu.Yg ni pun sama...jaranggg sangat nak minum teratur..Kadang2 seminggu sekali baru ingat nak makan.Hehe...

Then macam biasa,kehidupan sibuk penuh stress saya la...Tension xyah cakap la.Rasa macam nak give up pun ada study.

Now im waiting for my period...Bincang dgn hubby,dia cakap kalau x jadi jugak dia nak bawak pergi berurut dgn bidan terkenal dekat Jeli.For me,saya x kisah..Sebab kami dah cuba ikhtiar.X salah kan ikhtiar dgn bidan ni pulak..

Ada yg suggest amik ubat zuriat la apa la.Ntah la..x berapa berani sebenarnya sebab xtahu punca apa kan.Ntah2 saya ada masalah dalam peranakan ke...So hubby jugak decide nanti dia nak bawak saya jumpa pakar.I mean,we both la.Sebab xtahu apa masalah or berpunca dari siapa.

N last hope,setiap kali solat,berdoa lah..Itu satu2nya tempat harapan kita...Dia pemberi rezeki..Turn To Allah...

N to all ttcian out there,please never give up or losing hope...InsyaAllah ada rzki untuk kita menjadi seorang ibu nanti...

Sunday 17 May 2015

Part time Degree Student

Assalamualaikum....

Phewww..

Ni curik masa sikit.Sekarang tengah rehat kat ofis.Sambil2 buat asigment,sambil2 rehat.Final exam dah nak dekat.Asignment bertimbun.X siap2 lg n x buat pun lagi.Tehee...Dasar si pemalas!Esok nak exam baru bukak buku n nota.Mula la kelam kabut.Lepas tu jem kepala.Last2 tido.Bangun esoknya tawakal je jawab soalan exam.Such a bad habit kan!

X tipu...sejak jadi student ni memang stress giler...Letih sangat!!!Kadang2 time weekend xnak pergi mana2.nak memerap je dalam bilik.Nak tidur.Letih yg amat.Nak bahagi masa lagi..nak tunaikan tanggungjawab lagi...

Saya baru Sem 1.The truth is belajar pjj ni memang mudah sebab kelas 2x je sebulan.Tapi x termasuk la kelas ganti.Kelas lak dari 8.30 until 6.45.Penat jugak la.Otak pun tepu.Cuma yg paling x bestnya study pjj ni,memang kena rush giler,kena independent.Semua atas diri kita.Ye lecturer membantu but semua kita kena usaha sendiri.Lecturer bukan ajar sangat pun tau.Kena belajar sendiri.Pulak tu nak hafal,nak faham lagi..Dengan status saya sebagai isteri n pekerja,memang tough la.Nak keluar jumpa untuk asigment group pun susah.Ye la kan..dah nama pun bini orang.X mudah nak keluar bincang or lepak2 dgn ahli group untuk asignment.

Pulak tu orang macam2 ragam.Semua last minute baru nak amik tahu,baru nak start buat.Memang kelam kabut.Mujur la asigment or latihan lain sempat jugak curi masa buat di ofis.Sebelah malam pulak,nak study pun xde mood.Serius...faham2 je la.Nak layan suami lagi..nak kemas bilik lagi..nak lipat kain lagi... T_T.Habis bile nak study?Bila badan n otak dah letih mula la cari katil...Last2 buku x sentuh langsung pun!

Saya sebenarnya bukan nak mengeluh.Cuma nak berkongsi...Life as a part time student ni tough.Kena kuatkan hati,otak n badan.Kena tempuh semua tu.Bagi saya yg dah ada suami,walaupun belum ada anak,susah kadang2 nak bahagi masa.Pernah rasa nak give up.Tapi hubby pujuk supaya teruskan.Kadang rasa x kuat dah...Nak study malas.Nak g kelas malas.Nak membaca malas.Hilang semangat n mood.

Moga masih ada sisa kekuatan...Saya masih kuat.Walaupun dah berumahtangga,saya mampu untuk teruskan.Fikir masa hadapan.

Tata.

Wednesday 13 May 2015

Dress For Bridesmaid?Bella Ammara anyone?

Assalamualaikum

Alkisahnya sekarang dah nak habis bulan Rejab.So macam mana?Dah habis ganti puasa Ramadhan?Mihmihmih..

Dah x lama dah ni nak masuk bulan Ramadhan.A bit excited cuz this year im gonna celebrate it with my hubby.Yahoo!Ok enough.Sebenarnya citer dia cenggini.Raya ke-4 insyaAllah my sister in law(divorced) are will be married.So,the theme is green.So we olss ni still x decide what kind of design or color konon2 for dulang girls la.

So,tadi my sis in law suggest why not go for brown?Oh ok..coz baju pengantin mix of green n brown.So nak dijadikan cerita,terbukak website Bella Ammara.So she found this jubah.


Lawa giler kan?Oh my!Im falling in love with this.Dah la tengah promosi kot.Murah giler!I is pengsan!!!


Monday 11 May 2015

Bahana Zina

Assalamualaikum

Kebelakangan ni,news feed ni asyik keluar gambar or berita yg orang share pasal kes pembuangan bayi.Sekarang ni musim dia ke apa?Banyak sangat kes updated pasal ni.

Then pagi ni dikejutkan lagi...Tersentak.Xtahu macam mana nak cakap.Ada orang share berita pembuangan bayi kembar.Baby girls.Im speechless.

Allahuakhbar...nak menangis ada.Nak marah ada.X tahu macam mana dia tergamak boleh buang bayi kembar???

You know that i've been waiting to get pregnant since the day i married.Sekarang dah lapan bulan nikah n still no sign at all for.Yet im still trying to conceive and then this girl sampai hati pergi buang anak dia macam tu!

I dont know apa sebenarnya yg dah berlaku n why she acting like that.There must b a strong reason behind that.Maybe anak zina.But who care?Mereka tetap bernyawa.Bukan anak patung.Ye memang saya sangat marah.Sebab ramai lagi couple out there yg dah lama nikah still x hamil n nak sangat anak.That's me also.

Kenapa x bagi dekat orang?Letak dekat masjid ke?Depan rumah orang ke?Allahurabbi...Itu bayi kembar..sayangnya Ya Allah...But then i realised..Semua ini berlaku mungkin kerana mak bayi tu panic.Xtahu nak buat apa or nak mintak tolong sapa.

Nak marah si mak 100% pun x adil.Katakanlah anak zina,si lelakinya mana?ibu bapa si couple tu mana?Family?Saudara mara?Jiran?Kawan2?Masyarakat??Kenapa mesti semua lari dari tanggungjawab???Sedihnya dengan keadaan sekeliling kita sekarang...Bila jadi masalah macam ni,semua lari...Akhirnya tinggallah budak perempuan tu terkontang-kanting xtahu nak buat apa.Last2 ni yg berlaku.Anak x berdosa yg menjadi mangsa..

Sedihnya...kalau lah anak itu diberikan pada pasangan suami isteri yg dah bertahun2 nikah tapi belum dikurniakan zuriat.

Tuesday 5 May 2015

Bisnes Gerai Burger Tepi Jalan Dengan Modal Kecil

Assalamualaikum


Hai :)



Hari ni nak kongsi cerita berkenaan niaga burger.Mesti korang suka kan makan burger?X kisahlah burger apa pun...Bagi saya antara burger di fast food restaurant atau burger yg jual di gerai tepi jalan,i prefer burger gerai tepi jalan.Sekarang ni gerai2 burger tepi jalan bersepah.Anak2 muda sekarang rata2 nak berniaga.Iya la..keje sekarang susah.Daripada duk melepak x tentu hala,baik jual burger.Dapat tampung sara hidup kan.

So,ni sedikit panduan la untuk orang yg nak start jual burger tapi langsung xde pengalaman or memang x pernah niaga dan jugak ada modal kecik.Saya n hubby memang la belum start lagi niaga gerai burger tu tapi boleh la kongsi serba sedikit untuk panduan.

First.Gerai.Ni masalah terbesar.Dan ni jugak antara penghabis modal terbesar Huhu...Dah banyak saya survey n usha.Dalam fb,dalam mudah...Rata2 agak mahal n kami memang x mampu.Lari bajet untuk beli gerai burger yg memang dh siap.So try usha lagi then Alhamdulillah...rupanya kawan hubby dalam kampung kat rumah,dia boleh buat gerai tu.Then kos termasuk upah semua tu pun agak murah.1 gerai burger complete dapat dalam rm1200.Murahkan?Actually dia welder...welding kecik2 kat dalam kampung.

Then kena beli barang2 perkakas lagi.Yang ni pun banyak jugak habis duit.Start dari pan,besi tempat panggang burger tu,sampai la ke sekecil2 barang seperti scrapper semua tu.Antaranya,pan bakar daging,peralatan untuk bakar daging seperti scrapper,pisau,papan pemotong,bekas2 sos,bekas isi sayur,tong gas,wayar2,lampu2,bekas2 polisterin isi burger,then item yg amat penting ialah generator.Macam kami syukur sangat sebab abang hubby bg pinjam dulu generator.Lega dah 1 hal.

Sebenarnya peralatan yg kecik2 banyak.Then lagi 1 hubby cadang ada meja n kerusi untuk customer lepak n makan.Ala meja plastik boleh lipat tu la...Tapi cari punya cari ada yg petak 4 segi besar.Nak dijadikan cerita,saya ni suka usha Lazada.Kebetulan Lazada sale kaw2 hari tu.So nampak la ada meja plastik boleh lipat siap dengan kerusi plastik lagi.Untuk picnic gitu.Masa tu harga dalam rm70 lebih x silap.So beli la.Yup sangat berbaloi sebab meja n kerusi tu boleh lipat then masukkan dalam beg khas die.Jimat ruang tenaga n boleh bawak g mana2.

Yang jugak penting adalah lesen.Hubby memang nak ada lesen sebab dia nak bukak gerai tepi jalan.Bila2 masa Majlis Daerah boleh halau kalau xde lesen.So pergila apply lesen SSM dulu.Rm70 atas nama Enterprise.Next,kena gi cucuk untuk dapatkan Sijil Kesihatan.Yg ni belum buat lagi sebab kalau x silap kena pergi set appoinment dulu di klinik.Lepas dah dapat Sijil Kesihatan tu baru boleh apply Lesen Niaga Majlis Daerah.Sangat penting tau lesen ni untuk elakkan dari kena halau n gerai disita.Ala korban la sikit.Ni untuk jaminan jangka masa panjang bisnes kita.Lagi 1,tempat untuk niaga tu kena la cari tempat yg strategik.Macam tepi jalan yg jadi tumpuan orang ramai gitu.Then kalau boleh elakkan bukak gerai dekat tempat yg dah ada gerai burger lain.Bukan apa...xnak la kan gi cantas bisnes orang lain.X berkat la.Kesian orang lain yg dah lama niaga situ.

Apa lagi ek?Yg bahan2 mentah tu x pasti lg macam mana tapi kami ada bincang dah walaupun x start lagi niaga.Untuk permulaan,daging n roti tu beli x banyak lagi.Just cukup untuk bekalan 2,3 hari dulu.Tengok dulu keadaan n jualan macam mana.Then baru refill.

ok tu je la kot sementara ni.Then bila dah start niaga baru saya update lagi.Ok?



Tata.

Sunday 3 May 2015

One Step Closer

Assalamualaikum



As u all know,my hubby was a chef.He used to be a chef at Concorde Hotel,Chilli's,Teppanyaki and bla,bla,bla...When i met him,he's not a chef anymore n worked as a Team Leader for Celcom Technician Service.So,after that he resigned sebab kena transfer permanent kat Seremban.Then we get married.Tehee..

So,after several month we've been planning to have our own business.Saya as a government servant,kerani,gaji berapa la sangat...Setakat cukup makan je.Alhamdulillah..So,timbul la idea untuk berniaga.Fikir punya fikir he said he wanna involved in food business.So ok,let's doing that.So,duit memang xde.Buat loan sikit.Still x cukup.Nak pinjam dgn adik beradik faham2 je la kan.

Month after month tertangguh.Segala kelengkapan besar kami dah beli.Lagipun nak berniaga tepi jalan je.Bukan besar2..Modal pun xde.Kutip2,simpan duit gitu je jadikan modal...Bila habis duit,terpaksa stop.Then bila time ada duit,teruskan semula.Nak buat macam mana...Bukan orang senang kan?Bukan buat loan beribu2...

Lesen SSM dah dapat.Now dalam proses untuk dapatkan Sijil Kesihatan then baru boleh apply untuk Lesen Peniaga Majlis Daerah.

So insyaAllah,kalau ada rezeki,xde aral melintang,hujung bulan 5 ni akan start niaga then terus sambung dgn niaga di bazar Ramadhan...Doakan kami ye :)




Isteri,Suami & Rumahtangga

Assalamualaikum

Hai... :)

Hari ni dah 4 Mei 2015.Tahun ni rasa macam cepat2 sangat kan masa?Dah x lama dah nak masuk bulan Ramadhan...

Hari ni sekadar nak kongsi,untuk dijadikan pengajaran,peringatan buat kita yg sudah berumah tangga.

Saya baru sahaja nak masuk 8 bulan kahwin.Still xda anak but ada anak yg kami pelihara.Yes saya sangat tertekan n terdesak untuk mengandung.T_T.Ok let's not talk about this.Rezeki di tangan Allah...

Ada x dikalangan family korang or kawan baik,kawan ofis ke,yg terjerumus dalam poligami?Mesti ada kan...Polygamy is halal in Islam.Yes i agreed with that.Saya x menolak poligami.But saya x mampu untuk bermadu.You get it what i mean?Alkisahnya....ada sedara family sebelah hubby,jadi isteri no 2.Bernikah tanpa pengetahuan n persetujuan isteri pertama.Saya bukan nak bukak aib sapa2 ok!Just sekadar untuk pengajaran kita.

So,ditakdirkan si isteri tua dapat tahu.Kantoi la...then pergi serang si bini muda ni.So apalagi?Perang Dunia pun meletus.So,dipendekkan cerita(complicated so aku pendekkan!),budak perempuan ni(si bini muda ni baru umur lepas SPM n ada baby girl 11 bulan hasil pernikahan pertama dgn suami yg dulu),stayed with us for several days.Sebab dia anak yatim piatu then xde adik beradik yg boleh diharapkan.Ok.Everything's was fine until last nite.

Saya keluar dengan hubby semalam.Pergi kedai runcit.Then masa balik nampak kete parking depan rumah n there are these 2 womens talked to her infront of our house.Actually xde sapa tahu lokasi budak ni tinggal.Ntah macam mana si bini tua ni dapat tahu yg dia menyorok di rumah ni...So semalam si bini muda n bini tua ni berbincang la sampai tengah malam.I dont know what they've been talking about tapi yg saya tahu si bini tua tu macam mana sekali pun xnak bermadu n nak si bini muda bercerai dgn suami dia.

So,apa yg korang rasa?Sebelah family hubby of coz la cover n support kaw2 sebab tu family dia.But honestly,saya x masuk campur or berpihak mana-mana.For me,yg jadi mangsa dalam keadaan ini ialah his wifes.Both.Yang salah suaminya.Eh?Memang la semua ni takdir.Jodoh Allah yg tetapkan...Tapi ntah lah.Alasan dia sebab kesian budak tu muda lagi.Dengan anak kecik lagi..Tapi bila dah jadi macam ni,semua orang akan terluka.And saya xkan salahkan his 1st wife sebab isteri mana yg sanggup terima suami bernikah lain???

Semalam jugak saya borak2 dgn hubby.Hubby cakap,susah jugak poligami kan?Tengok apa dah jadi.Then i said,try la kalau nak nikah lain...B xkan serang that girl.But i will leave u.No second chance..Then he hugged me n said xkn la abi nak nikah lain..cukup sorang ni pun dah pening kepala!T_T...Try la kalau berani.Kalau rasa mampu adil seperti Rasulullah,teruskan...I wont stop you.But honestly,saya x kuat.N i pray that his heart only belong to me...Memang dia bukan hak mutlak saya tapi,sapa x sayang suami?Nak kena kongsi suami,i mean,kongsi everything,im not that strong...Whether i go,or she go....Coz i love him so much n cant imagine my life without him by my side...I pray,I hope,he wont do that to me...

Saturday 25 April 2015

Interview Penolong Akauntan W27 Majlis Daerah

Assalamualaikum

Hai

Hari ni nak kongsi pengalaman pergi interview.As stated above.Hehe

Hari Rabu minggu lepas saya pergi interview penolong akauntan di Majlis Daerah Pasir Mas.Pukul 2.00 petang.Sampai situ,dah ada 20 orang calon.So berhimpun dalam bilik meeting tunggu giliran di interview.

Giliran saya kalau x silap,no 7 gitu la.Sorang2 interview sekejap sangat tau.So masa menunggu tu sangat sekejap.

So my turn.Ada 4 interviewer.All mens.Duduk je dia suruh perkenalkan diri.Then dia tanya kerja n pendidikan.Dia tanya kenapa nak mintak keje ni sedangkan keje sekarang gomen.Tetap dah.Then dia tanya soalan apa itu laporan kewangan.Dia tanya suami keje apa.Last dia tanya nama tok penghulu.Then tamat.That's it.I was like apa punya interview ni???

N the result is...i am 100% sure saya memang xkan dapat punya sebab dia ada cakap yg dorang perlukan pekerja dari background accounting n bila dia tengok transcript diploma saya,dia boleh cakap saya punya basic accounting je.So dari situ saya confirm x dapat.Ok la,that's all.

Tata.

Wednesday 15 April 2015

Trying To Conceive

Salam...


Kelmarin,akak misi dekat ofis datang bagi asid folic n vit c.Sebenarnya saya mintak tolong dia ambik dari farmasi klinik.Dengan dia senang je sebab dia selalu ke klinik.So boleh amik free je.Acid Folic ni elok amik 3 bulan sebelum nak pregnant.So let's pray n hoping for the best.InsyaAllah semoga ada kisah terindah buat kami...



Hubby's Birthday

Assalamualaikum

Pheww..

Lamanya x update my diary ni.Sejak bergelar pjj student,memang teramat sibuk.Ni baru teringat dekat blog yg dah berhabuk agaknya.Hihi..

Hari ni cuma nak share kisah birthday my hubby.X sambut apa pun...just keluar makan2 macam tu je.

ni walnut butterscotch kek that i baked for him.ni favorite dia


hari kejadian tu,xtahu nak belanja apa.so pusing2 bandar KB,last2 masuk Secret Recipe.Just order yg ni je.Tu pun bil sampai RM70.00 T___T


Keluar dating sambut birthday dia..

To my hubby,happy birthday...b doakan semoga abi panjang umur,dimurahkan rezeki,semoga impian bisnes abi dipermudahkan...

Wednesday 25 March 2015

Atkins Diet.Induction Phase.

Assalamualaikum..

So,my weight currently still 71.7kg.Yup.No progress.So,lepas ramai dah tegur eh dah sihat la,eh makin besar la,eh punggung lebar la,n then ur hubby cakap GEMUK,then i realized something need to be done!

So here is my diary.

Im currently on Atkins Diet.Day 4 already.Tanpa nasi.T_T.

Tahu x apa tu Atkins Diet?Malas nak cakap banyak.Please google n make ur own research ok.Hari ni cuma nak kongsi resipi je tau untuk breakfast,lunch n dinner.So let's enjoy the photos!
Breakfast : Hard boiled egg with a slice of cheddar cheese
Lunch : Fried chicken breast with vege n a tsp of BBQ sauce.So nak makan,amik ayam put into the lettuce n wrap.


Dinner : Lala soup with vege n 2 scramble white eggs n black pepper powder.


Dinner : Grilled chicken ball with vege in BBQ sauce with cucumber as salad


Breakfast :Hard boiled egg with white pepper powder n a slice of cheese
Lunch : Homemade meatball(mix with diced cauliflower,spring onion n schallot) n tomato puree as a sauce
Snack : Brocoli,cherry tomato n cucumber mix with a pinch of mayo.


Alhamdulillah day 4 still survive tapi sadly today dah melantak 2 biji ketupat manis yg akak ofis bg..Coz dah lama terliur.Huhu...Xpe esok kita jogging untuk cover balik ya!

Tata.

Tuesday 3 March 2015

Perjalanan Hidup & Takdir

Assalamualaikum

Macam biasa internet still out.Cpu still belum siap baiki.Hari ni jugak berlalu macam tu jer.Bukan xde keje.Banyak sangat tapi kena access sistem kewangan espkb.So xleh nak buat apa la dgn xde internet.

Well first,tahniah diucapkan kpd adik2 yg amik result Spm 2014.Yg berjaya,alhamdulillah...yg kurang berjaya,jangan putus asa.Xmau nangis2 ok.Perjalanan masih panjang.Gagal sekarang x bermakna gagal selamanya.Korang sekarang beruntung tau Banyak laluan,bidang,bantuan...

Terlintas nak kongsi tentang kisah perjalanan hidup.Bukan untuk mengimbau tapi sekadar dijadikan pengajaran.

Saya amik Spm tahun 2006.Dapat result cukup makan.So xde idea nak amik course apa.Last2 teramik course diploma telecommunication engineering.X minat pun.Result every sem pun sekadar 3 lebih2 gitu r.Then something happened.Maybe stressed campur masalah dgn roommate then duit ptptn hilang,semester 5 saya quit.Berhenti belajar.

So duk rumah dalam 2,3 bulan camtu or more.Akak suruh apply belajar lagi.Apply kali ni dapat la sambung diploma in islamic banking n finance.Lucky me yg ni siap dapat elaun dlm 200 lebih setiap bulan.Oh ni kolej under MARA ye.Sebab saya dah x layak apply ptptn...So ni je pilihan yg ada.

Masa mula2 belajar memang no idea la apa benda Islamic Banking ni.Memang xde knowledge langsung.But slowly jadi minat.Banyak sangat ilmu2 yg saya dapat.Then finally grad with 3.47.Ok la kan untuk pelajar yg esok nak exam malam ni baru nak bukak nota.Huhu.

Then lepas grad menganggur la jugak kan...Internship habis bulan 2.Then bulan 6 keje kat Pasaraya Pantai Timur as Management Information System Clerk.Bukan cashier or jurujual tau.Tapi ni control system.Duk dalam ofis.

Keje dalam 5 bulan lebih dapat interview Spa.So here i am.This is me.A government servant.Walaupun gred bukan diploma but i am grateful.Ramai lagi orang yg duk nak keje gomen.Ntah berapa banyak interview pergi tapi x dapat tapi rezeki saya sekali apply sekali interview so dapat la kat Pasir Mas ni.

Then it was fated.I met my soul mate here.My other half.Orang Pasir Mas jugak.See???Semuanya telah ditakdirkan oleh Allah...Memang kita x tahu or x nampak apa yg dia telah aturkan buat kita.Bila saya fikir balik,semua yg berlaku ni ada hikmahnya.Rupa2nya ini takdir perjalanan hidup saya...Mungkin jalannya berliku pada awalnya but now,i am happily married to the love of my life n live in Pasir Mas.

*X lupa nak ucap tahniah buat adik bongsu yg berjaya dapat 8A 1B utk Spm 2014...Your journey just begin dik...

Monday 2 March 2015

What's wrong with me?

Assalamualaikum

Lately...sangat stressed.Ditambah pulak kehadiran miss p.Everything's seems not right.Letih serabut pening panas sakit hati nak marah nak mengamuk.Keadaan biasa bagi perempuan dalam tempoh tu.

Dah 2 malam berturut2 tido je sejak balik keje sampai la ke pagi esoknya.Dont know why tapi memang kali ni betul2 hilang mood.Serabut.Sampaikan x peduli pun pasal hubby.Balik keje semalam dia suruh teman dia goreng nasi.Then makan nasi goreng dgn dia.Lepas bersih sangkar kucing,mandi then terus tido.Terjaga awal pagi tengok hubby duk main laptop.Kesian dia...tapi memang moody sangat.Rasa nak tido je.Pergi keje pun rasa malas sangat.Mujur hubby hantarkan.

Kat ofis lak pc rosak.Internet dah banyak bulan x dapat.Audit lak.nak datang minggu depan.Keje bertimbun nak buat.Semua nak urgent.Datang ofis pun x dapat buat apa.Tambah lagi stressed.

Sekarang ni rasa nak tido je.Bad mood.Serabut.Then tengok gambar ni...Rasa rindu...How i wish i can be with them now...A mother's word can comfort me...Rindu nak luahkan masalah dkt mama ayah...

Wednesday 25 February 2015

Perempuan dan Barang Kemas.

Assalamualaikum

Hehe ;)

Hari ni dah hari Khamis.Hooreyyyy!Esok weekend.Cepatnya lah kan hari berlalu sekarang ni....

Hari ni kat ofis still xdapat internet lagi.Keje2 banyak giler tertunggak.9-10 mac ni audit nak datang.11-14 gi langkawi lak untuk kursus.Oh seksanya....

Lately,isu2 berkaitan nak pergi Langkawi memang hari2 boleh dengar.Ye la semua semangat kot nak pergi.Tak sabar.Padahal kursus BTN.Hah kau...semput la nanti kena gasak dgn fasi2 kat kem tu nanti.Ntah sempat ke x nak shopping n jalan2 kat sana.Well to be honest saya berbelah bagi nak gi ke x.Sebab terpaksa tinggal hubby sorang sepanjang tempoh tu.Mak nak gi tido rumah besan dia.Ada kenduri.Then kete saya rosak.Drive shaft kena tukar.Lagi 20 mac dah start kuliah.So fahamla kan banyak mana duit habis kat situ.

Memang dah set dari awal lagi.Gi langkawi xnak beli apa2 kecuali coklat.Itu saja coz saya xde bajet lebih.Pinggan mangkuk boleh je beli dekat Rantau Panjang ni hah..Pergi ni pun bawak back pack je.Malas r nak bawak beg banyak2.X kuasa!

Sebenarnya nak citer sal barang kemas atau emas.Terus terang cakap saya memang x suka barang kemas.Pelikkan?Sejak kecik sampai sekarang.First cincin belah rotan emas saya beli bila dapat first gaji.Then xtahu sapa curi.Hilang dalam my own room. T_T

Then masa merisik+tunang hubby belikan cincin belah rotan emas putih di Poh Kong.Murah je.Dalam rm400.Tu memang ramai yg x setuju coz xde nilai.Ye la xkan la nak gadai kot cincin tunang???Saya bukan jenis camtu

Masa nikah hubby x beli cincin.Sebab saya amik cincin emas yg mama bagi lama dulu.Cincin pertama mama beli guna duit gaji pertama.Sentimental value.So saya guna cincin tu untuk jadi cincin nikah saya.Save bydget kan?Haha... Then lepas 3,4 bulan nikah mama cakap,kenapa x beli barang kemas?Baru nampak manis sikit...Fyi,my mum pun memang jenis x suka pakai barang kemas.Dia cuma pakai cincin nikah sahaja.So dengan duit sikit je,pergila kedai emas lama.Beli rantai tangan emas.Halus n kosong.Itu yg saya suka.X besar x sarat.X suka over2.Tu je yg saya ada.

Bukan nak mengumpat tapi i wonder,kenapa perempuan suka sangat barang kemas?Tengok rantai labuh loket besar.Gelang kat tangan tu dah la besar2,bukan satu,2,3 sekali.Cincin xyah citer r.Penuh jari.Dah macam tok bomoh dah.Ada akak tu rilex je beli sampai belas2 ribu.Lepas tu beli lagi beribu.Oh my...mana la dapat duit banyak sangat kan?Untung suami kaya..Tapi kalau saya jadi dia pun,kalau banyak duit sekali pun ,saya xkan beli barang kemas.Orang cakap boleh wat harta,simpanan.Setakat mana sangat?Silap hari bulan x bayar zakat.Beli banyak2 nak pakai habis semua satu badan,x takut kena ragut ke???Ok ada yg cakap ala..nanti terdesak boleh gadai.Ye memang.Tapi saya bukan jenis macam tu.Ntah la...

Cuma saya sendiri sebagai perempuan terfikir,kalau dah kaya,banyak duit sangat,kenapa x beli rumah mewah?or kete mewah?X pun beli baju2,handbag designer ke?Or cantikkan diri untuk hubby?Or paling bagus bersedekah,buat amal ke?Maybe la kan dorang dah buat amal,but still for me,sangat membazir beli barang kemas sampai over sekali...Setakat mana sangat la nak pakai sampai habis satu badan???Walahhualam...

Tuesday 17 February 2015

The Biggest Loser

Assalamualaikum...

Tergamam.Terkejut.For d 1st time in my life,ini yg paling teruk.X sangka.Memang terkejut...

Dengan rasminya saya umumkan...Berat saya 71.7kg.Sekian. T_T ........

Itu la berat saya yg terpaling berat.Terkejut gila...Allah apa yg aku makan ni sampai berat macam ni???Sebelum majlis nikah hari tu berat saya dalam 61kg gitu.But now after 5 months married,im obessed.Sedihnya...

Nak dijadikan cerita,hubby tolong iron baju kurung untuk pakai g keje.Then pagi tu bersiap2 la nak pegi keje.Time nak sarung baju kurung tu,susah lak nak masuk.I was like,apa hal lak ni lekat semacam???Saya ingatkan sebab kulit basah so macam baju tu lekat la kan.Setelah bersusah payah sarungkan,tengok depan cermin.Oh myyyyy!!!Macam sarung nangka busuk!Ketat gile.Dekat bahagian lengan tu sampaikan x boleh nak gerak2.Apa ni??Sebab baju tu dekat sebulan dah x pakai...Punye la cepat.Last time pakai still lengan tu muat n ada ruang.Sekarang?

Macam mana nak buat?Beli ubat kurus memang x r kan.No way Memang x caya Sebab benda tu bahaya.Kalau x bak mai sini ubat kurus yg bila kita makan x perlu diet x perlu exercise.Cukup makan pil je gerenti kurus.Korang boleh melantak je apa2.Fast food junk food apa2 pun.No pantang2 or diet.Ada ke???Xde kan...

Nak diet pemakanan sihat memang x mampu sebab kat rumah tu susah sikit.Lagipun hubby kuat makan n masak.Kalau xnak makan dia akan paksa :')

Nampak gaya kena step by step semula.Kurangkan makan.Belajar control makan n start diet sihat.Dah kena start aerobic semula.Dah x boleh dah ni...Dah habis berat dah ni...

T_T

Saturday 14 February 2015

A cat house for our furkids.

Assalamualaikum...

Lately ni memang dah x post entry guna PC.Kebanyakan guna hp je.Sebab dah malas nak transfer picture dari hp ke pc.i is lazy ok.

Saja nak kongsi kisah impian saya n hubby.U know,kami memang suka kucing .Sangat sayang.It's all bout cats.Lepas nikah,pernah la borak2 dgn hubby pasal tempat khas untuk letak all my cats.Masa tu kucing domestic long hair ada 4 ekor.Letak dalam sangkar besar dekat dapur.Awal2 ok..tapi bila lama2 macam jadi beban.Faham2 je la dgn bau poo n pee dorang...Dah la dekat dapur.Memang kotor.Then macam menyusahkan mak mertua la sebab pagi2 dia yg kena buang tahi,bersihkan litter box dorang,kasi dorang makan,then kena tolak keluar sangkar besar tu ke luar rumah.Itu la rutin hari2.

After that, i bought another 2 cats.Plus ada sekor lagi flatface yg jiran punya.Dia tumpangkan sebab rumah dia terjejas teruk akibat banjir bah merah hari tu.So bayangkan la...kat rumah ada 7 ekor...Huhu...kinda miserable la...Yg varu beli tu sepasang,kami letak dalam our bedroom.Tapi akhirnya jadi serabut sebab dorang bila poo n pee selalu bawak sekali pasir2 tu sampai atas katil.Sometimes lekat najis.Oh my!!!Lagi satu hal,bulu2 dorang panjang.Xyah cakap la habis dah cadar,baju2 kami lekat bulu.Hubby cakap x boleh macam ni...Sampai bila nak bagi dorang hidup dalam bilik gini???Pulak tu Nanti kalau ada orang datang rumah malu la..Bau busuk.Nak letak dorang kat luar memang x sanggup r.Takut hujan,panas,binatang liar then paling takut kalau kena curi.Semua tu beli guna duit kot!!! ':)

Then bincang dgn hubby.Nak x nak dorang kena berambus.Haha...Dorang kena duduk luar jugak.So berbekal modal rm200,hubby beli simen 3 beg,bata,pasir n lain2.So bermula projek diy sendirian berhad kami tanpa tukang rumah or any expertise.Bhahaha...hebat kan?Bak kata ore kelate,wat bijokkk!Memang pun...Hubby x pandai bertukang sangat.Apatah lagi saya.Tukang tengok n komen boleh r.Huhu.Siang malam suami sorang bertungkus lumus.Kadang2 ada sorang budak kampung tu yg suami panggil datang tolong.Tapi oleh kerana kami ni bajet,xde modal,so x bayar upah dia.Kadang2 hubby belikan rokok or saya belikan dia nasi.Kejam kan?Namapun bajet.Hihihi...

Then projek kami terbengkalai.Keputusan modal.Tapi still hubby tetap susah payah siapkan.Siang malam.Untung suami keje sendiri.Kadang2 tersedar tengah malam tengok sebelah xde orang.Kosong.Rupanya hubby gigih duk belakang dapur rumah sorang2 tengah malam buta siapkan rumah kucing kami.Allah...terharu sangat...

Sikit demi sikit kami usaha jugak siapkan.Walaupun xde duit,tunggu duit gaji je then korek mana2 duit,finally...hari Jumaat lepas,rumah kucing kami dah siap.Alhamdulillah...sebak tengok.Inilah rumah impian kami untuk anak2 bulus.Walaupun x cantik or hebat or mewah macam orang lain,kami bangga n syukur sangat.Sebuah rumah yg selesa untuk anak2 tido n bermain.Lepas ni boleh la dorang lari sana sini.Main kejar2...Memanjat semua tu...

Walaupun duit xde,semua bahan2,kayu2 pun recycle,n design semua tu diy,berjaya jugaj kami siapkan.Cuma sekarang tinggal nak cat then hias.Maybe hubby cakap nak buat mainan2 untuk dorang pulak.Untungkan dapat suami cat lover n kreatif macam ni?Semua idea dari dia.Lepas ni entah apa pulak dia nak create.

Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum

Hai.

Hari ni Ahad.Kerja.Cepatnya masa kan?Tengok2 dah ahad.Lepas tu dah Khamis.Then weekend.Ahad semula.Cuti weekend pun dah x rasa apa sangat dah.Pulok tu untuk seseorang yg selalu menyibukkan diri macam saya ni.mihmihmih

Entry kali ni cuma nak post gambar kek victoria cake sandwich je.Baru sebijik terima tempahan.Tu pun terpaksa buh blueberry sebab dah merata cari strawberry x jumpa.Huhu.Hope sedap n halal la ye kak?

Tata.

Wednesday 11 February 2015

About My Self.

Assalamualaikum...

Eh hari ni dah hari Rabu semula ke?Wah...cepatnya masa berlalu kan?

Nothing much to say.Rasa macam nak perkenalkan diri macam masa orientasi.Ala sesi ice breaking tu ler...Huhu...

Nama saya Aimi Ezzati Binti Yaakub.Tarikh lahir 24 September 1989.Umur kira sendiri ler...Ore Kelate.Beranak di Kb.Stay di Pasir Puteh tapi after married stay dgn hubby di rumak mak dia di Pasir Mas.Baru hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga.Masih belum ada rezeki anak lagi n still trying.

Ada diploma in islamic banking n finance.InsyaAllah kalau ada rezeki akan sambung my degree in Bba honors in Finance secara e-pjj di uitm.Saya bekerja sebagai pembantu tadbir kewangan under kementerian kesihatan.Dah 2 tahun lebih dah.First kerja sebagai M.I.S(management information system staff) di supermarket pantai timur pasir puteh.Tapi x lama pun..Dalam 6 bulan gitu r.

Suami saya,Khairul Azman.Lebih tua dari saya.Huhu...Orang Pasir Mas.Sekarang bekerja sendiri di kampung.Masa awal2 kami kenal dia bekerja sebagai team leader celcom service then quit sebab permanent kena transfer ke branch N9. Nak buat macam mana ..Masa tu kan baru jatuh cinta.X sanggup pisah lama2... T_T Oh dulu dia chef.Teppanyaki,Hotel Concorde,Chilli's Restaurant...Paling lama di Concorde la.But now bila suruh dia jadi chef semula,kalau rasa nak kena jelingan maut boleh r.Never mention about chef ok!Btw he's a great chef for me...Bila dia masak,memang give up.Sedap sangat...Xleh nak lawan ler...Tapi yg x best nye bila dia masak dia akan paksa saya ada sekali tengok.If not,jangan harap tahu resipi dia ok!Kedekut!!!

Saya ada 5 beradik.Abang saya seorang leftenan di navy.wife dia sarjan navy jugak.Ada anak 2 orang.Lelaki.

Kakak saya,penolong executive kewangan di anak syarikat Mara di KL.Single mom.Anak 2.Girl n boy.

Then me.

Lepas saya,adik lelaki.Lepas habis belajar kejuruteraan automotif di politeknik,sekarang jadi petani moden.

Finally lil bro.A boy.Baru habis SPM.Sekolah Menengah Kamil.Harapan tinggi untuk budak ni.InsyaAllah cita2 dia nak jadi Nuclear Physicist.

Right now kami dalam proses jadi breeder kucing.Alhamdulillah rumah dorang dah 90% siap.Tinggal cuma pintu,nak cat then basuh rumah.Kali ni nak buat betul2 dah sebab ini pun insyaAllah akan jadi salah satu sumber pendapatan rezeki kami...Kucing yg akan kami breed ni jenis domestic long hair.Tapi orang biasa panggil parsi.Fyi kalau parsi hidung kemek tapi xde cert n bukan pedigree,tetap akan dipanggil domestic long hair or dlh.

Ok tu je.Tata.

Wednesday 4 February 2015

Nothing To Say

Assalamualaikum...

Hari ni dah 5 Februari 2015.Hari Khamis.Cepatnya masa berlalu kan?Rasa macam baru je tinggal tahun 2014.Sedar2 dah masuk bulan 2.Allah...hari makin bertambah,usia pun akan bertambah tapi amal n iman kita dah tahap mana?Makin bertambah atau makin berkurang?Nauzubillahminzalik...

Hari ni,such a lazy Thursday.Fortunately balik awal la kan hari ni.Akhirnya setelah lama hampir 2 bulan x drive,hari ini gagahkan diri jugak untuk drive sendiri ke tempat keje.No more hubby.Xnak susahkan dia.Lagipun dah nak start berjimat minyak sebab bulan 3 ni kena g kursus di Langkawi lak.Nak x nak ofcoz sikit sebanyak nak bawak duit untuk shopping jugak kan?At least beli coklat untuk buah tangan.

Lately banyak sangat dugaan,ujian yang Allah berikan.Lepas satu,satu.Kadang2 rasa give up dah...Letih sangat...Minggu lepas d last kittens of mine mati.Dari 4 ekor,none of them survives.All deads.T_T... Saya syak virus.Berjangkit dari ibunya.Coz pergi jumpa vet dia cakap kemungkinan virus bahaya.Tapi sebab kekurangan duit,x pergi buat lagi test blood untuk dia.Dia punya test kit pun dah RM80-RM100.Sebab hari tu jugak saya pergi vaksin 5 ekor kucing.So,dah habis bajet untuk dorang...

Minggu lepas 1 of my queen keguguran.After 8 months of waiting.4 janin yg hampir cukup sifat mati.Dugaan sungguh.Then minggu ni baru perasan my another queen lak preggy.After more than 1 year,she's finally pregnant.Alhamdulillah..cuma risau takut virus tu dah berjangkit dengan dia.

Tahun baru ni,permulaan tahun yg bukan baik bagi saya.Banyak sangat masalah...masih berlarutan.Bukan la nak menidakkan takdir or ujian yg telah Allah tetapkan,tapi kadang2 sbg hambaNya yg lemah,ada sampai satu tahap saya memang akan down sangat.

Sekarang,pening fikir nak sambung degree lagi.Hujung bulan 2 dah daftar.Rancangnya nak keluarkan duit kwsp akaun 2 sebab x berapa nak mampu untuk bayar guna duit gaji.Berapa la sangat gaji pembantu tadbir kewangan...Pulak tu dgn status isteri,stay dgn mertua,tanggungjawab semakin bertambah.Beban kewangan pun bertambah.Penat...bukan mengeluh or x bersyukur tapi memang betul duit kadang2 jadi masalah besar...Tadi mama call.Mengadu dekat dia yg saya rasa macam x mampu untuk teruskan niat nak sambung degree.Tapi bila fikir semula,insyaAllah Allah akan tolong saya nanti.Sebab Dia xkan menguji hambaNya melebihi kemampuankan?

Ni tengah serabut kepala duk fikir nak cari income lebih.Hari tu jual kek,tapi faham2 je la kan.Xkan orang nak beli kek hari2.Lepas tu nak breed kucing pun macam terbantut sebab kucing ada penyakit.Sekarang tengah fikir,apa lagi ye keje yg boleh saya jadikan income untuk sampingan?Tambahan pulak zaman sekarang ekonomi semakin parah.Harga barang2 semua melambung.Semua benda kena bayar sekarang ni.Habis untuk org yg keje makan gaji macam saya ni?Kalau setakat bergantung pada gaji saja memang out la.Pernah fikir nak apply keje swasta yg sepadan dgn diploma saya.Macam bank ke,tapi rasa sayang lak sebab dah sah jawatan kerajaan.Berbelah bagi semuanya.Buntu.

Jadi apa lagi yg harus saya lakukan?Setiap hari fikir pasal duit.Bangun je tido fikir duit.Kadang2 rasa macam sewel je.Fikir duit,duit,duit.Sejak dari mula bekerja sampai la bergelar isteri,asyik fikir duit je.Bukan mata duitan.Tapi fikir nak cari duit untuk hidup dgn lebih senang...Saya dah biasa bergantung pd diri sendiri.So susah senang memang xde la nak mintak2 dgn orang.Sebab tu saya keje kuat.Fikir macam2 cara untuk cari duit lebih.Even jual kek dapat untung rm50,tapi dah syukur sangat sebab itu hasil penat lelah saya.Orang xtahu keadaan kita.Org cuma nilai luaran jer.Tengok saya pakai baju branded,ada kereta sendiri,makan sedap2,mesti org ingat banyak duit.U wrong!Hutang banyak.Tapi bila kita keje kuat,mesti nak reward diri sendiri kan?Nak jugak rasa senang,boleh makan sedap2.Tapi bukan bermakna nak menunjuk2 kita ada duit.Itu dah riak dah...

Lelah...Itu sebenarnya.Lelah fikirkan duit,keje,relationship kami,n anak.Letih sangat...Sometimes how i wish i can run away from all these things...

Wednesday 28 January 2015

My Boo

Assalamualaikum...

Lately,bila bangun tido mesti ada fluffy furballs duk nyenyak tido kat sebelah.Sometimes tido ats bahu.Kadang2 siap berbantalkan lengan kiter.Huhu

Yup memang dorang sangat manja...Dan sangat la penakut.Memang dorang 2 ekor terkurung dalam bilik je.Kalau bawak keluar dari bilik,mula la macam histeria.Terus mengamuk nak lari!

Sementara ada anak ni,semua 7 ekor kucing2 ni la tempat saya bermanja....Walaupun kos tinggi,x cukup masa,tapi insyaAllah selagi mampu mummy akan jaga n sayang kamu...

Monday 26 January 2015

Kerana Aku Seorang Isteri

Assalamualaikum...

Hai :)

Lately memang dah jarang sangat post new entry.Tahap kemalasan tu dah berganda2.Sebab terlalu sibuk.X cukup dgn 24 jam.Allahuakhbar...sampaikan al-quran dah berhabuk x sempat baca...forgive my sin,Ya Allah...

Semalam,tido agak awal la.Then tersedar coz hubby masuk bilik.Dah 2,3 malam dia sibuk bina rumah kucing2 kami dekat belakang dapur.As usual,he will kiss my forehead n cheek.Then he asked,kenapa sekarang abi perasan b dah x rajin pakai cream la apa ke semua tu sblm tido? T_T

Well my hubby perasan.Welcome to busy-tired-messy-wife!Macam mana nak bagitau ek?Sejak masuk tahun baru ni,punya la semangat tau new year resolution.Nak berubah tu la nak berubah ni la.Nonsense!Not a better me ok...makin teruk!Bukan nak bukak aib sendiri but to be honest,sekadar perkongsian coz i am a wife n a muslimah.

First,i promise to myself nak selalu masak for him.Totally out.Hari Jumaat lepas masak nasi ayam.Alhamdulillah dia puji sedap.Susah tau nak dapat pujian dari ex-chef ni..T _T.'Selalunya mesti dia cakap orang x masak macam tu'....Tapi tu je la.Balik keje mak dah masak.Or dia yg masak.X pun kiteorang makan kat kedai.Kononnya tahun ni tahun jimat.Tapi dapat je gaji terus g bank amik duit lepas tu pegi makan kat kedai.Balik tu pulak singgah makan ayam goreng kat fast food stall.Ohmaiii!Dasar perut dugong!!!Habis bila nak menyimpan?Bukan main nak bukak akaun Asb,nak simpan gaji setiap bulan coz cukup lima tahun nak beli kete baru(angan2 lebih ni!) or nak buat bilik tido baru kat tingkat bawah(coz dah x larat turun naik tangga ke tingkat atas).Duit bonus toksah cakap la dah habis licin beli ubat n treatment si anak2 bulus.Syabas anak2.Sila membesar bak juara!Then Khamis lepas gatal tangan bukak website Lazada.Saja cuci mata.Ok dah mula berkenan.Bukak lak website jual barang bakery.Oh yes,berjaya beli 7 items untuk fondant.Please clap ur hands for me.Dah selamat sampai dah pun...Hubby cuma mampu menggeleng...Sia2 amik course finance tapi failed bab financial planning.Habis bila nak start nyimpan oiiii

Plus i gained myself...to 70kg in a month.Wohooo...congrats Aimi.Well done!Seriously,what the hell am i thinking???Nafsu makan tu melebihi orang mengandung kembar 4.Makan,makan,makan!Weekend lepas mak xde sebab dia tido rumah abang ipar.So apa lagi,aerobic ler kiter!!!Connect video kat tv,pakai kasut,then tengok video tu.Then pilih video lain.Ok yang ni quite easy.Xpe kita tengok yg ni pulak.Masa tu hubby keluar jap g kedai.Lagi cantek!X malu sikit kan nak lompat dgn perut macam badak ni.

But...unfortunately,sebab dah banyak bulan x buat kan,semput lebih dari orang kena asma tahap kritikal!!!Aimi,u such a loser!!! :'( .Last2 buat crunch sit up n plunge 30x.Settle.Then hubby balik tanya, 'Aik dah siap aerobic?Cepat gila?Buat ke x ni? -*Sila baca dengan muka menganjing). Dengan peluh satu badan n nafas semput macam baru lepas marathon,boleh dia tanya aerobic ke x?Memang nak kena ni...Kalau uolls nak tau,sebelum nikah memang kerap aerobic.Tapi during weekend je la.Makan memang x pantang cuma nasi tu last makan bila balik keje.Sebelum magrib gitu.Buat aerobic pun dalam 15 minit gitu.Tapi steps yg agak berat la.Lompat2 n kick n punch semua tu ada.I managed to lose my weight  n last timbang before wedding 61kg.Yahoo!Memang pakai baju kurung perut dah x boroi.Haha..sampai ramai kawan ofis tegur nampak kurus...Well,masa tu memang la semangat kan...Tapi memang berkesan la.Lagi satu kena minum air kosong banyak2.Aerobic tu selit la sikit yg step2 untuk menari ke.Baru fun.Macam saya after aerobic teruskan latin dance lak.Bukan boleh ikut sangat pun.Lantak je.Janji boleh buat sikit2 sampai habis keluar peluh.But now...terbatas.Tambah lagi malu nak exercise.Macam sebelum nikah xde sapa kisah pun.Mama ayah ok je.Adik2 lelaki pun dorang wat lawak camtu je.Kalau menyibuk pun anak sedara 2 orang tu je la.

Lagi apa ye?Hmmm berkenaan rumah tangga.Macam tu la.Gaduh baik gaduh baik.But nampak hubby sekarang lagi cuba untuk elak dari gaduh.Tapi masalahnya saya suka cari gaduh.Aimi,please bertaubat!Macam mana ye?Satu kepuasan lak tau.Dosanya aku ni...Memang saya ni panas baran.Hubby lagi la.But he more to memujuk or mendiamkan diri la.Berbanding saya kalau dah start membebel habis dari A ke Z akan ungkit keluar.My bad....Seiring dgn usia yg semakin bertambah,i'll try to be more calm n patient.It takes two to tango...Satu je yg paling saya suka bila kami gaduh.Bila mulut saya dah x berhenti a&#/#&$(@! dia akan cepat2 peluk.You know pelukan suami akan menenangkan perasaan isteri.Mama pesan,jangan cabar kesabaran suami.Lama2 meletup...Ok mama.Roger n out.

Sebenarnya x susah pun jadi seorang wanita.Seorang isteri.Sebab tu Allah janji wanita yg taat pada suami n jaga agamanya,akan dimasukkan dalam syurga.Mudah sebenarnya..tapi nak masuk dalam neraka pun senang T_T.

Sekian bebelan di hari Selasa yg muram kerana internet di ofis out sejak banjir lagi.I is stressed.

TATA.