Monday 24 November 2014

Bajet Nikah Bawah RM5000???

Assalamualaikum...

Hai :D

Kenapa?X percaya ke baca tajuk entry ni?Ke ingat kahwin koboi???

Huhu.

Yup memang itu bajet majlis pernikahan saya.Serba sikit kami ikut Sunnah,d Islamic way..Alhamdulillah.

Entry kali ni panjang sikit la ye sebab nak citer banyak ni.Ok,start preparation.Boleh dikatakan semuanya saya d.i.y.Memang saya buat sendiri kecuali benda besar2,memang saya tempah.Khemah 2 set,siap peralatan buffet + set bilik pengantin + mini pelamin.Total damage = RM1000.Murah giler kan?Huhu...Nanti boleh tengok sini .Ambik bridal ni pun dekat kampung je.Selising,Pasir Puteh.Itu pun last minute add mini pelamin.Akak tuan punya tu pun peramah.Baik.Settle satu perkara besar.

Untuk baju,ada 3 pasang.First tempah dengan butik online RM200.Beli kain di Jakel untuk dress masa kenduri n baju kurung moden masa bertandang.Nak dekat RM230 jugak la habis.Tempah jahit RM150 untuk kedua2.Manik n lace saya beli di Instagram.Sangat2 murah n cantik.Lepas tu saya jahit sendiri.Ingat lagi,sehari sebelum nak akad nikah baru siap jahit.Sadis sungguh!Nama pun pengantin bajet kan?Veil pun saya beli kain chiffon then upah kelim tepi,jahit sendiri jugak manik n lace.Wah..terlebih rajin kan?Huhu...Kasut lak beli dekat Kedai Kasut You je.RM40.Kasut flat kosong.Simple.Xde nak pakai heel bagai2 coz tinggi saya dah 161cm.Malas la.Lagipun bukan bersanding.Dah la mahal2 kot kalau kasut tumit tinggi.

Hantaran.Sembilan balas 7.Klik je sini .Nanti baca je entry tu.Cuma nak nasihatkan,memang kahwin cuma sekali.Masa ni la nak buat yg terbaik.Tapi jangan sampai membazir.X perlu bermegah2 nak tunjuk barang2 mahal n branded.Yg penting perlu kreatif akan tetap nampak gah n cantik.Saya habis pun dalam RM300 je sebab barang2 ada yg family sponsor.Lain2 tu barang2 simple je cuma saya perlu kreatif gubah sendiri.

Untuk kenduri pulak ma ayah yg sponsor.Rezeki ayah dapat beli lembu muda harga RM1200.Huhu..dapat la dalam 50kg daging.Cukup la kan sebab jemput tetamu x sampai 300 orang pun...Makan sebelah malam masa akad nikah tu agak mewah coz ayah2 saudara pergi borong ikan di Tok Bali.So ada macam2 la.Tapi saya x makan pun sebab pengantin dah kenyang dah sah nikah.Mihmihmih.Dengar khabar ada barbeque seafood malam tu.

Hari kenduri lak,bajet dalam RM2000 untuk semua bahan2 masak n perkakas.Lepas tu memang ada la family sponsor macam2 makanan sampaikan tetamu lepas satu round satu round makan sebab macam2 makanan.Rambang mata semua.Ada nasi kenduri,laksa,dessert,kuih,kek..oiii syurga kot!Tetamu lak x ramai.Tapi memang x membazir tau.Cukup2 makanan.Lebih pun gulai kawah je sikit.

Apa lagi ek?Kad kahwin n goodies bag habis dalam RM300.X banyak pun.Barang2 dalam goodies bag habis dalam RM200.Saya letak muffin,gula2 n candy or pudding.Simple je.Semua boleh makan.

Mekap ambik paling murah.RM150.Photographer just shoot n burn masa akad nikah RM300.See?Xyah nak membazir bayar mahal2.

Cincin amik yg mama bagi.Dah lama dah.Sayang sangat so guna yg tu.

Upah jurunikah di Selising Pasir Puteh RM115.

Tu je la kot?Benda yg penting2 untuk wedding.

TOTAL DAMAGE +- = RM5000.

Islam itu mudah.X menyusahkan.Kita yg susahkan diri sendiri dengan berhabis beribu2 untuk puaskan hati kita dan orang lain.Ingat,pernikahan sederhana itu mengikut sunnah Nabi.Bila pernikahan semakin mahal,masalah zina akan semakin bertambah.Untuk mak ayah yg nak wedding anak dorang grand2,x payah la..Kalau anak2 cakap nak kahwin,bagi jer kawin.X perlu nak ada duit banyak,x perlu mas kahwin mahal,x perlu majlis kahwin yg grand2.Redha Allah yg dicari.Bukan redha manusia.Biar ada keberkatan dalam majlis perkahwinan tu..baru la berkat rumah tangga nanti.

Tata.






No comments :

Post a Comment