Sunday 31 August 2014

hello september 2014!















Hello September!

11 days more to go....pray for us... :)

Menghadapi kematian disaat persiapan akhir majlis perkahwinan

Assalamualaikum...

Dugaan terbesar dari Allah swt kepada kami...arwah abah tunang saya telah pun menghadap Ilahi pada hari Rabu lepas.Terkejut sangat sebab dari pagi saya call tunang saya x jawab.Pukul 1.30 tgh hari,masa time rehat,dia called sambil menangis beritahu abah dah xde...Allah... T_T

Arwah abah dah lama sakit strok..memang dah xleh bangun...hari Selasa tu tunang saya pergi belikan air Anugerah untuk arwah sebab arwah dah x larat sangat..dah banyak hari xnak makan minum...cuma suap air glukos jer.gi spital pun doc suruh balik.darah dia ok.semua ok.ntah la..maybe doc dah boleh detect kot dah sampai masa dia..cuma 2,3 hari sebelum dia pergi,memang dia nampak agak sihat...

Memang sedih..sebab majlis kami dah x lama...kami redha sebab jodoh,ajal maut di tangan Allah cuma agak terkilan sebab arwah x sempat tengok kami bernikah...Tunang saya jelas nampak kehilangan sebab dia yg susah payah jaga abah sampai berhenti kerja...sebelum arwah hembus nafas terakhir pun,tunang saya ada disisi arwah...sampai sekarang dia masih bersedih..

Allah,berat ujian dariMu..kami pasrah n redha..Kuatkanlah hati kami..permudahkanlah perjalanan majlis kami nanti...Amin....

Tuesday 26 August 2014

Sabar melayani kerenah kanak-kanak austisme

Assalamualaikum


Hai. :)

Saya belum kahwin.belum ada anak.tapi anak saudara ada 4 org.anak kucing pun ramai ;) .Hari ni nak citer sikit pasal kanak-kanak austisme.sebenarnya saya ada seorang anak saudara austisme.zafran danish namanya.anak abang sulung.

kalau tengok dari segi fizikal memang dia nampak normal seperti kanak-kanak biasa.tapi bila kite perhati je lama2,memang org akan tahu that he's not normal...kalau x silap,masa umur dia 2 tahun kot abg perasan yg ada something wrong with him.contoh,pertuturan.sampai skrg pun dia x dapat bercakap macam2 kanak2 sebaya usia dia..oh dia dah umur 5 tahun :) .tumbesaran dia pun ok..xde masalah.

tapi,kanak2 autisme ni ada beberapa masalah...paling ketara.dia x boleh bercakap.dia boleh sebut beberapa perkataan tapi x boleh bercakap seperti kanak2 seusia dia.dia suka mengulang sesuatu ayat.contoh kalau tanya nak nasi?dia akan jawab nasi?nasi?.memang selalu macam tu...letih sebenarnya nak train dia sebab kena ajar satu persatu ayat.contoh ikan...dia akan sebut ikan.ikan.ikan.. T_T

meh kita baca serba sedikit tentang kanak-kanak austisme yg saya dapat dari internet.

http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/autisma

Pengenalan & Ciri-ciri Umum

Autisma merupakan satu bentuk kecacatan atau masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak & minda yang boleh berlaku sejak di usia seawal enam bulan lagi dan merupakan satu sindrom ketidakupayaan yang boleh kekal sepanjang hayat jika tidak mendapat sebarang rawatan. Penyakit autisma mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang itu terjejas & menyebabkan pesakit autisma menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum, iaitu:
  1. Masalah tidak mampu bersosial. Ini merupakan simptom utama penyakit autisma. Pesakit-pesakit autisma tidak memiliki keupayaan untuk bersosial dengan orang sekeliling mereka secara normal dan mereka selalunya tidak mempunyai mempunyai sifat empati terhadap orang lain. Mereka akan tidak mengendahkan orang lain dan kelihatan seperti termenung jauh seorang diri. Malah, ada pesakit autisma yang menunjukkan sikap-sikap yang tidak sepatutnya ditunjukkan di depan orang ramai seperti menjerit-jerit sekuat hati atau membaling-baling barang ke arah orang sekeliling. Malah, pesakit autisma lebih gemar untuk menyendiri dan bermain seorang diri walaupun dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya yang tengah seronok bermain bersama-sama.
  2. Kesukaran untuk berkomunikasi secara berkesan dengan insan lain. Mereka selalunya lambat untuk bercakap dan apabila mereka cuba juga untuk berkomunikasi dengan orang lain, selalunya orang lain sukar untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Mereka turut kadang-kala bercakap dalam nada yang pelik seperti menyanyi sebagai contoh. Malah, ada di antara pesakit autisma lebih gemar untuk menggunakan bahasa isyarat tangan untuk menyampaikan hasrat di hati kepada ibubapa.
  3. Masalah dalam tingkah laku dan pemikiran. Ada di antara mereka yang gemar untuk melakukan satu-satu perkara berulang-ulang kali (compulsive behaviour). Ada juga yang mempunyai minat yang pelik dan berlaku agresif sekiranya ada sesiapa yang cuba menghalang minat tersebut. Sebagai contoh, ada pesakit kami yang hobinya adalah untuk membawa ranting pokok ke mana-mana sahaja yang dia pergi sehinggakan akan memarahi sesiapa sahaja yang cuba untuk mengambil ranting tersebut dari tangan pesakit tersebut.
Tanda-tanda penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik (jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan) sehingga ke umur dewasa.

Punca-punca

Masalah autisma ini berlaku tanpa mengira kira faktor bangsa, latar belakang pendidikan, kedudukan status sosial ekonomi dan gaya hidup. Sehingga ke hari ini, dunia perubatan moden masih lagi belum dapat mengesan secara pasti akan punca sebenar penyakit autisma. Namun, mengikut perubatan moden, pengaruh genetik boleh meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat anak-anak autisma. Selain dari itu, sangat penting buat semua ibubapa yang mempunyai anak autisma untuk memahami bahawa penyakit tersebut tidak berpunca dari asuhan atau penjagaan yang tidak baik semasa anak-anak masih bayi.
Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat anak-anak autisma, terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya gangguan saka yang menyebabkan masalah autisma. Gangguan saka ini selalunya diwarisi melalui keturunan daripada keluarga yang terdahulu di mana makhluk-makhluk halus ini merosakkan saraf dan minda pesakit yang menyebabkan berlakunya autisma. Adalah sukar untuk perubatan moden untuk membuktikan wujudnya pengaruh makhluk halus ini dalam anak-anak autisma ini tetapi sudah ramai pesakit-pesakit autisma yang menunjukkan perubahan yang positif selepas makhluk halus ini dikeluarkan daripada tubuh badan mereka.

Tanda-tanda Awal Autisma

Antara tanda-tanda awal masalah autisma yang boleh berlaku adalah seperti;
  1. Anak-anak yang tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang boleh difahami sehingga umur 16 bulan
  2. Tidak menunjukkan minat untuk bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak lain
  3. Tidak menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sebarang objek
  4. Gagal untuk memberi respon apabila nama dipanggil
  5. Suka menyendiri
  6. Suka menyusun objek mengikut susunan yang tersendiri
Tanda-tanda di atas hanyalah sebahagian daripada tanda-tanda awal masalah autisma & sebarang diagnosis akhir untuk autisma haruslah dirujuk kepada pakar perubatan kanak-kanak.

Rawatan Moden

Rawatan untuk penyakit autisma pada masa kini melibatkan banyak aspek terutamanya dari segi pendidikan khas dari usia awal. Objektif utama rawatan adalah untuk mengurangkan tekanan dalam keluarga, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit untuk mampu berdikari dalam hampir semua aspek kehidupan. Buat masa ini, tiada rawatan tunggal yang mampu merawat autisma. Rawatan selalunya memerlukan beberapa jenis rawatan yang diolah mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisma. Contoh rawatan-rawatan yang selalu digunapakai adalah seperti senaman fisioterapi, terapi kognitif dan sikap (cognitive-behavioural therapy), terapi pertuturan dan kaunseling keluarga.
Ahli keluarga terutamanya ibubapa selalunya diberi kaunseling dan latihan dalam menghadapi kerenah anak-anak autisma mereka. Selain itu, guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak autism amendapat pendidikan mengikut cara yang sesuai dengan keperluan masalah autisma kanak-kanak tersebut.

Rawatan Penyakit Autisma Dengan Menggunakan Ayat-ayat Al-Quran

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, keluarga pesakit autisma akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.  Ayat-ayat tersebut adalah:
  1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
  2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
  3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
  4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
  5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar  tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, keluarga pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus seperti gangguan saka dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat Al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut.

dia jugak still pakai pampers.sangat susah nak toilet train dia.mama saya (tok ma dia) cuba ajar dia untuk sebut 'berak' tapi masih susah sebenarnya.kadang2 ada la jugak dia sebut 'yak'.dengan umur macam tu,memang agak sukar la sebab dia dah semakin besar...semalam mama beritahu,ada beberapa pusat asuhan untuk kanak2 autisme ni dekat dengan rumah kami di Selising,Pasir Puteh Kelantan.saya pun cuba google tapi x jumpa2 lagi tempat tu.

zafran ni mama saya yg jaga sebab mama papa dia kerja navy.abang saya lak asyik belayar.bini dia selalu busy jugak.so terpaksa la mama jaga kat kampung.si adik dia,zakri danish lak nenek sebelah mama dorg lak yg jaga kat kampung.memang banyak cabaran,dugaan jaga si zafran ni.sekarang ni asyik gaduh dgn  2 orang lagi anak saudara saya,al-qayyum zulfakor or oyum n bahyah mysarah,anak2 kakak yg mama jugak jaga





memang rumah kami macam kapal pecah la hari2.bersepah mainan.time dorg main,Ya Allah...dah macam zoo jadinya!terpekik,terjerit,melalak,macam2!stresssssss!

but whatever it is,mama lang tetap syg kamu berempat..sarah,oyum,zafran n zakri...


Wednesday 20 August 2014

DIY beading dress akad nikah

Assalamualaikum

Semalam,lace,manik n bunga 3D yg saya beli kat Instagram dah sampai.so,terlebih rajin lak nak siapkan dress akad nikah saya.Bulan lepas dah siap jahit patch lace.semalam terus siapkan jahit bunga n manik.semua saya d.i.y sendiri.x pandai pun.x pernah pun wat keje ni.tapi sebab nak jimat punya pasal..

baju ni saya tempah on9.Butik Ellyz Fashion.Boleh check dorang punya Instagram.sangat puas hati.baju ni harga rm200.material dia provide.kain satin lembut.jahitan memang kemas.tip top la.walaupun agak murah.dress ni saya tempah kosong je sebab nak jahit sendiri lace n manik(kekonon pandai!).

patch lace tu saya beli 4pcs RM10 dari Instagram SimplyTouch Creation.Patch Lace tu warna putih.Saya memang nak warna putih je semua sebab nak nampak bersih suci jer dress ni...



see?saya x tahu menjahit.zero!tapi buat2 berani..sebab saya dah survey.upah untuk beading ngn lace saja RM150. :( x termasuk harga lace n manik lagi...tersangat la mahal.so the solution is,kita diy sendiri la.nama pun pengantin bajet!xpe,at least kita rasa berharga benda ni sebab sanggup susah payah sendiri kan?priceless!

so semalam cuma siapkan jahit bunga 3d n manik je la..bunga 3d n manik tu pun saya beli dari Instagram SimplyTouch Creation tu.bunga 3d Rm10 utk 10 pcs n manik tu campur2 tau color.satu pek RM10 jugak.see?so dah x payah la pusing bandar cari kedai.saya memang sangat simple.tengok cantik,tengok harga,compare,berkenan terus tanya seller,terus bank in duit.habis citer.jimat masa,tenaga,minyak.mihmihmih....

So,dah siap 1 dress.Dress untuk pakai masa kenduri n baju kurung moden untuk majlis sambut menantu x siap2 jahit lagi.Entah la si tailor tu..sempat siap ke x...harap2 sempat la.

you are invited!


Saturday 16 August 2014

Semakin dekat,semakin kuat ujian Allah...

Salam..

Hai :)

Ahad.17/0/2014.

Sekali lagi diuji.Ujian Allah padaku bertali arus.lepas satu persatu.hari khamis  hari tu rasa macam pedih2 je dalam mulut.sekali nganga tengok ada merah2.syak ulser/mata ikan.ok wat dek dulu.siap boleh g mam ayam gunting n maggi celup/sup lagi petang tu.pagi jumaat tu bangun,amik kau!nak telan air liur x boleh.bukak mulut,nganga,mama!!!habis merah...nampak tompok2 putih.di bibir,dinding pipi,lidah,gusi sampai dalam tengkak.lebih kurang 10 biji dalam mulut x termasuk dalam tekak...T_T...Ya Allah...dugaan apa lg ni....

Hari Jumaat n Sabtu.it's getting worst.langsung xleh makan.telan air liur pun x leh.azab gila!pedihnya Allah saja yg tahu..sampaikan nak minum air pun nangis2!kelmarin g 7e beli air chocolate segera yg 3 in 1 tu.tu je la makanan saya sampai malam...tu pun hirup straw kecik dia tu.

Suruh adik beli ubat kat farmasi pun x jadi apa.sapu bonjela pun x kecut2 ulser tu...perut pun lapar sebab dah 2 hari x terima makanan...bubur nasi pun xleh telan.masa tu memang tension r.jadi nak marah.mama ayh tanya pun jadi nak marah2.rasa bengang je.sebab sakit+lapar!!!!sampai migrain tahu x duk tahan sakitnye ulcer tu.x boleh nak cakap macam mana rasa sakit tu.pedih,bengkak,ngilu,semua ada...

So,hari ni paksa jugak diri g klinik sebelah ofis ni...dapat la ubat ni

Rasa x berbaloi la pulak sebab dapat ubat ni je..baik xyah g la kot setakat ubat kumur n panadol n bonjela ni...Balik karang nak cari listerine buat kumur n kalau my fiance datang,nak ajak dia g mam nasi air/bubur nasi.kalau la boleh telan...kalau x,hirup sup dengan straw la jawabnya.. T____________T

Seksa sangat Ya Allah..x berhenti sakit..dari sejak sebelum puasa sampai sekarang.letih sangat..dengan persiapan akhir lagi untuk majlis kami..syukur cuma tinggal baju n barang2 untuk kenduri saja...yg lain dah hampir settle..pelapik barang hantaran pun dah settle.finally..huhu.barang hantaran pun dah siap beli.cuma sekarang tunggu barang2 yg dibeli on9 sampai.


Tata :)






Tuesday 12 August 2014

Wedding Countdown : 1 month left.


Wordless Wednesday

Assalamualaikum.


Hai.

Setiap pagi bila sampai depan ofis,saya mesti akan tunggu dalam kete dulu.sebab apa?sebab pukul 6.45 pagi saya dah tercongok sampai depan ofis!huhuhu..pekerja cemerlang kan?sebenarnya,sebab jarak dari rumah ke ofis jauh.amik masa sejam lebih.pulak tu pagi2 org sibuk hantar anak ke sekolah.so better gerak awal.kalau x,confirm sangkut! T_T

Pagi ni cerita sikit.selama saya kerja kat sini,setiap pagi,saya suka tengok gelagat budak2 sekolah lalu sebab sekolah sebelah ofis jer.macam2 ragam n pesen la dorang ni.comel jer..hehe..dah la kecik2 je.pikul beg sekolah kadang2 lebih besar dari tuan badan!

Kadang2 saya perati,tengok kete2 mak bapak yg hantar anak2 ke sekolah ni.macam2 model ada.sekecik2 hingga ke sebesar2!dari basikal sampai la BMW,ALPHARD,ESTIMA,MERCS,bla..bla..bla..kete je besar.anaknya sorang je dalam kete.apa salah kalau angkut semua anak2 jiran ke kalau dorang sekolah sama?dah buat kebajikan n penjimatan kan di situ?

Sedih sebenarnya....nampak betapa berbezanya darjat.anak org kaya n anak org miskin.anak org kaya mak bapak hantar naik kete mewah.nampak gah di situ.tapi anak org susah,mak bapak hantar naik kete buruk.x pun motor.x pun basikal sje.T___________T

Saya selalu perati ada pak cik ni,setiap pagi hantar anak dia g sekolah ngan basikal.I is sad.sedih.yup cuma basikal buruk.n sorang lagi pak cik ni,hantar anak ngn kete buruk.but,yg indahnya,dia akan pimpin tangan anak perempuan dia sambil pikul beg sekolah n hantar anak ke pintu pagar.what a beauty is it right?berbeza ngn anak org kaya yg mana mak bapak just drop anak tepi jalan,salam2,tata2 pahtu blah!pastu ada jugak mak cik2 yg jalan kaki dari rumah hantar anak2 ke sekolah.jalan kaki ntah rumah kat mana.itulah pengorbanan ibu bapa...demi anak2.untuk memastikan dorg dapat pendidikan sempurna...

Saya bersyukur sebab kami adik beradik x pernah susah nak g sekolah sbb ayah akan hantar n amik ngn kete..dibandingkan ngn anak2 org lain yg trpaksa naik bus,kayuh basikal,jalan kaki...pernah la jugak rasa camtu time ayah sibuk x boleh datang amik.tapi betapa beruntungnya anak2 yg dari kecik lagi sudah merasa senang,mewah.dapat naik kete mewah ke sekolah.kawan2 tengok terpegun.wah!bapak dia naik BMW...betul x?semua tu rezeki dari Allah..belum tentu adik2 naik kete mewah g sekolah,result gempak,jadi pelajar cemerlang.x semestinya bapak korang hantar adik2 ngn basikal or kete buruk,adik2 xde peluang jadi pelajar cemerlang...

Btw,tahniah utk adik2 yg telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di IPT.bagi yg x berjaya,jgn putus asa.banyak lagi peluang kat luar sana.yg penting perlu ada impian n semangat untuk terus belajar n berjaya.

Saturday 2 August 2014

Dugaan di saat akhir persiapan nikah

Salam...

Oh Hi!It's already August???


Belum terlambat untuk saya ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri...maaf zahir batin ya....First of all,tahun ini merupakan hari raya paling suram n hambar.seriously.xda langsung rasa kemeriahan hari raya.bukan sebab kitaorang xda baju2 raya....sebab ada dugaan berat untuk kami sekeluarga... T_T.Hari raya pertama.mama masak nasi dagang n kuah kacang+satay goreng dalam kuah tu.ada ketupat n saya buat kek.yg lain2 macam biskut,nasi manis n bla bla bla...Balik dari solat sunat hari raya,xda nak bersalam maaf-maaf ke apa...n tahun ni kami xda gambar family raya..sob..sob..sob...sedihnya...tapi makan tetap best2!TQ mama..lebiu...
Hari raya kedua.Saya belajar masak Nasi Arab Ayam Mandy.Alhamdulillah menjadi...First time tau masak nasi..huhu..Then mama masak Kuzi Ayam.Yang ni memang special sebab juadah wajib setiap kali raya.Resipi tradisi.Sedap sangat.Kalau raya mama x masak kuzi ayam ni,memang x sah la.

Enough with raya.Kat Kelantan xda ok istilah raya selama sebulan!

Hari ni,dah pun 3 Ogos.Ok,baru sedar...bulan depan dah kahwin...gulp!Hari ni masuk ofis,akak kat ofis tanya,dah masuk ogos dah ni.so macam mana preparation????Sejujurnya,terlalu banyak barang2 yg belum dibeli...2 pasang baju,untuk tengah hari n time sambut menantu(bertandang) belum siap jahit.baju akad nikah baru je siap jahit lace.manik belum beli.oh ye,lace n manik saya akan jahit sendiri ye.n untuk veil pun sama..kain pun belum g beli lagi..*sigh..

Barang2 atas pa/hantaran pun masih ada lagi x beli..kasut belum beli.perfume dah beli on9 dengan BodyShop.senang.beli pulak time offer kaw-kaw!memang terbaik r!cincin..hmm yg ni ada something special skit.nanti saya akan post tentang ni.barang2 lain insyaAllah mak2 sedara yg akan sponsor...xde yg glam2 pun..semua makanan jer...x membazir kan?

Apa lagi ya?Pelapik hantaran dah siap balut..cuma tunggu nak gubah untuk final touch n letak barang jer..goodies bag dah ada n barang2 isi dalam tu dah decide nak buh apa cuma lambat lagi kan nak beli...flower crown x beli lagi.bunga tangan pun x beli lagi.x pasti nak buat sendiri or beli yg dah siap.Tu je la kot...

Saya memang mengimpikan satu majlis pernikahan yg cukup sederhana n ringkas.tapi walau sederhana macam mana sekali pun,tetap akan makan duit yg sangat banyak...saya memang xda simpanan.fully bergantung pada duit gaji.sedihkan?gatal nak kahwin tapi duit xde!yup,memang bila difikir balik,memang saya dah wat silap besar sebab tergesa2 bertunang n amik keputusan nikah dalam masa beberapa bulan selepas tunang.saya bukan orang kaya.family saya orang biasa.ada time susah,ada time senang.masalah duit dah jadi kebiasaan.bila saya amik keputusan nak bernikah dalam masa beberapa bulan,memang saya dah jerut tekak sendiri.yg paling best,impian saya selama ini nak further my degree akhirnya tercapai.Alhamdulillah,saya berjaya dapat tawaran sambung degree BBA(Finance) secara PJJ di UITM.daftar 23/8 ni...n yuran pendaftaran RM1400!!!huh what???yes,it's gonna cost me RM1400.how to find that money???sedangkan saya sekarang dah tersepit gila dengan nak pakai duit yg banyak untuk majlis...ayah memang dah x dapat nak tolong sebab kenduri dia ngn mama dah support.si tunang pun dah bagi kata dua.nikah or study?kalau nak dua2 macam mana?sedih...mana nak cari duit banyak tu sedangkan duit nak beli barang persiapan pun x cukup....memang tertekan sangat...berat sungguh ujian dariMu Ya Allah...

Tambah lagi,anak2 kucing DLH saya yg 5 ekor tu,sekor demi sekor mati..T_T...n last tinggal sekor sekarang ni dah lembik sangat..dah xda harapan nak hidup..i guess it was FIP virus sebab simptom2 dia semua ada..tapi x tahu yg mana si pembawa virus tu..kalau x,xda la beban sangat duit sebab at least boleh jual dorang.dapat la menampung sikit perbelanjaan kan?nak tambah lagi dugaan,kereta saya wat masalah pulak...pagi tadi g keje,tayar bunyi..adik cakap tayar macam membengkak.maybe kena tukar lain.dah la absorber tayar belakang dah rosak.aircond pun x terbaiki sampai sekarang.Allah...banyak sangat dugaanMu...


Saya memang hampir give up.mengadu pada mama,mana nak cari duit untuk baiki kete,untuk beli barang2 persiapan lagi?menangis sorang2 dalam bilik sebab rasa down sangat..serabut sangat...Allah je yg tahu perasaan saya sekarang ni...rasa beban sangat.rasa nak lari dari semua ni...sedih..di saat2 macam ni,banyak lagi persiapan belum siap.xtahu nak wat macam mana...rezeki tu semua Allah yg kurniakan..saya cuma mampu berdoa pada Dia semoga dipermudahkan...saya yakin,org yg nak mendirikan rumah tangga ni,Allah murahkan rezeki  n permudahkan urusan mereka..InsyaAllah...